Sunday, November 17, 2013

Di hambat kenangan lalu

Ku teroka memori silam
Tenggelam dalam kelemasan fikiran
Kecamuk gelora jiwa
Buntu mencari arah tuju
Untuk kesekian kali
Aku termangu lagi...

Di sini aku sendiri
Mengisi ruang waktu
Saat tawa dan tangis bersatu
Tika bahagia dan derita seiring
Menghias kalbu

Lalu ku jengah tabir waktu
Ku singkap jendela rindu
Mendakap keciwa jiwa
Ku di hurung kelesuan
Keletihan nan jitu
Di hambat kenangan lalu
Tak daya ku tepis
Akhirnya aku hanyut
Terkulai longlai di tasik madu...
(Jiwang lagi.hahaha...)

Tuesday, October 15, 2013

Salam EidulAdha dr Elani Ab Kadir & family




Salam EidulAdha 
dari kami di Melaka 
pd smua shbt2 di grup SMK Kota.
maaf jika ada salah dn silap.
smoga ceria2 sll.

Saturday, October 12, 2013

Pertemuan mengejut di kedai ummi kay

Sebak dan gembira rasanya hati dan perasaan, pabila sejak akhir ini mula muncul tangan-tangan suci yg ingin mengulangi semula ukhwah persahabatan yg telah lama terbiar bagaikan sawah yg tak bertanam padi. Pertemuan pada 12/10 pukul 9.00 malam direstoren Kamariah Ali terasakan begitu cepat berlalu... Tak tersedar jam sudah menjangkau 11.50 anak kecilku mula merengek mengantuk. Perbualan kami begitu jujur bagaikan perbualan masa kita berada di tingkatan 1 hingga 3 dahulu. Pangkat, harta, sijil serta kemegahan mula dilempar jauh. Perbualan serta gurauan kami bersifat "sporting spirit" kata- mengata tanpa ujudnya garis diwajah masing rasa kemarahan. 



Pertemuan kali ini dihadiri terdiri dari rakan-rakan Kampong Bunut Payong, Wakaf Che Yeh, Kampong Pintu Geng dan Kg Paloh. Kebanyakan dari kita rata mempunyai memori yg sama berjalan kaki melalui celahan pohon getah untuk kesekolah. Bawa duit 20-30 sen namun mampu membeli sepinggan nasi dan segelas air sirap. Jarak dari rumah yg agak jauh dari sekolah tak terasa memenatkan. Kerana trend masa tu adalah berjalan kaki. Kalau naik bas Dewan pun terpaksa berjalan kaki dari round about sekolah. Tak tersangka yg tak pernah bertegur sapa suatu masa dulu mula riuh rendah. Rupanya telahan tersilap dulu tak berani untuk menegur mereka kerana mereka ni orang comel. Dan kita pada masa tu seorang pelajar cabuk yg hanya menyanyi lagu Cok Cok Kendong sedang mereka semua sudah pandai menulis lirik lagu cintan-cintan. Sebab tulah pecah panggung pabila cerita "Akhir sebuah Impian" mula ditayangkan. Broery Marantika dgn Yanti Oktavia. Bila muncul filem "Bobby" sedapnya mereka bersosek-sosek sesama. Disaat itu kita hanya duduk disawah padi mencari ikan. 


Kemeriahan pertemuan pada pada kali ini sudah tak terbendung kerana masing-masing berdiri pada landasan yg positif. Terfikir sendirian suasana begini sememangnya susah untuk kita dapat. Buah tutur kita tak pernah sekali mengering gusi dan gigiku yg tinggal 2 batang. Jejak mula membaikki susur persahabatan sejati yg suatu masa dulu kita tak berkesempatan untuk duduk semeja. Kita sering tertanya rakan kita yg lain. Alhamdulillah moga masih ada lagi tangan-tangan suci yg akan menampilkan lagi aksi lain yg lebih ramai kemunculan. Sejujurnya walau pertemuan hanya 2 jam namun memang mampu menampilkan kebahgiaan hakiki didalan penantian saat senja. Pertemuan tidak terlalu formal perlu terujud dan diperhebatkan lagi agar ianya akan terujud sepanjang masa.



Selamat datang diucapkan pd Rohani Nawi, Satinah Ziran, Hasmah Awang dan Rosnani Hassan yang dapat hadir... Terima kasih jua pada Nazula yg bawa mihun goreng yg sedap dan pada Zarina yg bawa pulut ikan masin/ikan rebus serta ummi kay yang sponsor minuman.
Perjumpaan kami dimeriahkan lagi dgn hidangan roti tempayan..



Rosli Salleh
13 Okt 2013

Friday, October 4, 2013

Anak ku..















Anak ku..
Hidup memerlukn pengorbanan
Pengorbanan memerlukn perjuangan
Perjuangan memerlukn ketabahan
Ketabahan memerlukn keyakinan
Keyakinan memerlukn kejayaan
Kejayaan pula akan menentukn kebahagian.

Anak ku...
Jangan cpt goyah andai di uji
Di dpn mu msh byk onak dn duri
Ranjau yg harus kau lalui
Yg perlu engkau tempuhi.

Anak ku...
Kesat airmata mu
Jgn biarkn menitis lagi
Rasional dlm tindakan
Usah biarkn emosi dn naluri mu tercalar
Kelak mslh mu tdk terungkai...

Anak ku...
Kekuatan tdk dtg dr kemampuan
Tp dr semangat yg tdk prnh knl erti kalah
Usah menyerah kalah
Pastikn hari ini milik mu
Kerna blom pasti esok untuk mu...
Cekal dn yakin
Pasti hidup mu tdk terancam
Sematkn tiada yg dpt menghalang mu..
Jitukn jiwa mencapai matlamat...

Anak ku...
Gantungkn azam dn semangat mu
Setinggi bintang di langit
Rendahkn hatimu se dalam mutiara di lautan
Yg pasti bersinar nanti...

Anak ku...
Usah menyerah kalah
Hidup perlu di teruskn
Mati itu pasti..
Serahkn segenap jiwa

Pada Yang Maha Kuasa...


Elani Ab Kadir
 04 Okt 2013

Monday, August 5, 2013

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir....


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]



andai kau tahu ini Ramadhan terakhir  
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir  
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"  


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir  
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....  
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti  

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA  


andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN 



Oleh itu sama-samalah kita menginsafi peringatan-peringatan
Rasulullah s.a.w, memohon semoga puasa kita, solat kita,
tarawikh kita, witir kita, tilawah al Quran, doa kita dimakbulkan
dan diterima oleh Allah S.W.T.


Friday, July 12, 2013

Istiadat Akad Nikah Dan Istiadat Persandingan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri dengan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Di Raja YAM Tengku Amalin A’ishah Putri, 29 Tahun dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi, 39 Tahun di atas perkahwinan baginda. Pasangan Diraja yang sama cantik sama lawa ini telah selamat diijabkabul pada 27 Jun 2013 yang lalu di Istana Mahkota Kubang Kerian, Kota Bahru, Kelantan.

  

Yang Amat Mulia Tengku Amalin Aisyah Putri Bt Sultan Ismail Petra diputerikan Pada 26 Jun 1984 di Kota Bharu, Kelantan. Yang Amat Mulia Tengku Amalin merupakan puteri bongsu kepada Mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Bt Almarhum Tengku Abdul Hamid.

YAM Tengku Amalin Aisyah Putri mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Zainab II, seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama (SMA) Naim Lilbanat. Yang Amat Mulia Tengku Amalin mendapat pendidikan tinggi di Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang undang-undang. 


YAM Tengku Amalin Aisyah Putri adalah bekas Majistret di Kota Bharu dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tengku merupakan anakanda keempat dan puteri bongsu Sultan Ismail Petra, manakala Pengiran Muda Abdul Qawi adalah anakanda sulung daripada 10 beradik kepada Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, iaitu adinda Sultan Hasanal Bolkiah.


YAM Pengiran Muda Abdul Qawi merupakan Putera kedua daripada 10 orang adik beradik kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Hj Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah Ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. Pengiran Anak Zariah merupakan kekanda kepada Raja Isteri Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Thursday, June 13, 2013

terima kasih buat semua staff wad 6 utara HUSM

mereka sentiasa menghulurkan pertolongan
disaat kami memerlukan

Salam penuh baraqah buat semua! Syukur kehadrat Allah kerana memperkenankan doa2 kami, keluarga dan seluruh rakan2......akhirnya Adik Ahmad Miqael Amshar b Rosli dapat menghabiskan chiemoteraphy treatment untuk 10 phasa bermula sejak 2009.....berbagai keperitan dan kesusahan yg terpaksa ditanggung oleh sikecil menghadapi chiemoteraphy yg amat azab dn penuh kesakitan! Malah terpaksa terlantar di wad HDU dan berulang alik ke dewan bedah sbnyk 7 kali! Bygkan tubuh kurus sikecil terpaksa menanggung semua itu.....situasi kami dalam ward 6 Utara ketika itu....hanya mampu berdoa, berdoa dan berdoa kpd Allah kerana hampir setiap hari kami akn berdepan dgn kematian si anak kecil yg belum mengenal erti kehidupan!

 Alfatihah buat rakan2 sepermainan adik yang telah kembali kerahmatullah. Syurga menanti disana. Walau apa pun yang akan berlaku selepas ini, kita mesti redha dan menerima qada' dan qadar dengan hati terbuka, wlupun kenyataannya merobek jiwa dan raga.....


 Miqael diajar membaca oleh guru SDH (Sekolah Dalam Hospital) 
di wad 6 Utara - Hospital USM


Sebagai ibu kepada seorang anak yang menghidap kanser darah atau leukimea......xdpt digambarkan dgn kata2 apabila si anak kesayangan masih mampu bernafas sehingga kehari ini....masih mampu mencium pipiku sebelum tidur....itu sudah cukup membahagiakan seorang ibu yang hampir hampir kehilangan permata hatinya akibat kesan kimo yang hampir meragut nyawa! 

Ucapan terimakasih ikhlas dr jiwa dan raga buat seluruh staff 6 Utara dr semua jawatan krn sentiasa menghulurkan pertolongan disaat kami memerlukan! Teristimewa buat para doktor yg sentiasa berusaha menyelamatkan nyawa pesakit2nya dan sanggup bertugas siang dan malam! 

Buat para misi kesayangan hamba dr wad onkologi dan hdu....jasa kalian xterbalas, akan dikenang sampai hujung nyawa! U're the best.....smg nama MIQAEL akan terus diingati......dan kami sekeluarga akan terus mengingati dan menghargai jasa seluruh warga 6 Utara.....tanpamu, siapalah Miqael yg kini boleh berdikari dan mula mengenal erti sebuah kehidupan.....Amin yarabbal allamin.



Zarina Mohd Noor
  13 Jun 2013

Sunday, May 19, 2013

hadiah harijadi ku dari suami tercinta..



Syukur Alhamdulillah pd Mu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..smoga di permudahkn sgl urusan ku ke sana pd 23/5/2013 nnt.trmksh jg pd suami tersayang krn memberi hadiah yg paling bernilai sbagai hadiah harijadi ku utk thn ini.trmksh syg....


Pd suami tercinta...

Pd anak2 tersayang yg di tinggalkn...

Titipkn doa agar umrahku mabrur..

Pd teman2 dn shbt yg di kasihi...

Pd yg xsempat ku hulur tgn...

Maafkn tingkahlaku ku...

Yg telah mengguris hati kalian...

Bicara yg menyinggung tanpa sedar...

Halalkn apa yg termakan dn terminum...

Doakn slmt perjalanan ini prg dn balik...

Smoga umrah ini bkn perjalanan terakhir utk ku...

Andainya hny di sini nafas terhenti...

Kenang daku dlm doa mu duhai teman...

Sayang kamuuu...

Rindu kamuuu...




Elani Ab Kadir
 20 Mei 2013

Sunday, May 12, 2013

tangan yg memberi.... Khas buat Elani,


Telah aku salami tangan teman ini,
sejuknya melekat di hati
eratnya ku bawa mati...

Telah ku pilih sahabat, 
yg gerak bicara kata2nya,
bukan dusta di lenturan lidah...
bukan pemanis bunga bahasa.

Sebenarnya....
ingin aku laungkan pada semua.
kerna tangan yg memberi inilah..
aku bolih berdiri ..
malah berlari...
untuk mengejar rezeki.

Tapi tangan yg memberi ini..
bukan kilat yg menyilau, 
bukan guruh yg berdentum,

tangan itu bagai tasik.
walau tidak mengalir,
airnya tetap jernih.





Rahana Ismail
 12 Mei 2013

Thursday, April 11, 2013

Apa sudah jadi dengan "Couple Of The Year" nii....

Bakpo tak tau bila mata tak sir pejam, wajah2 rakan Jabatan Perhutanan yg menumpang dirumah ambo sewaku muda dulu, muncul satu persatu. Bermula dgn Zali, awal 2012 jumpa dengannya. "Jali. Durian kebun mu jadi ko" "Tak sah tanya Li kalu mu taksir gi" "ok sabtu ni aku gi" Hari sabtu aku cuba potong semua urusanku dan terus kerumah Jali. Aku bawa ayam, ikan aya dan ikan kembong. Tengahari mula makan. Bestnya ikan singgang dan ikan rebus goreng. Lepas zohor kami mula turun. Rozita isterinya berjalan bersama anaknya. Aku seiringan dengan Jali sambil berbual. Tiba-tiba aku terdengar "Aduh" oh Rozi rupanye. Dengan cepat Jali kearah Rozi. Rupanya Rozi tersepak dahan kayu kering. "Alah... kau ni Rozi, takkan kayu sebesar tu demo tak nampok.. mata letak mano gak" sambil membebel. Rozi diam. Teringat peristiwa 20 tahun dulu semasa Jali dan Rozi bercinta. Bila berjalan kekebun durian. Rozi tersepak tunggul cepat2 Si Jali menuju kearahnya.. Oi bahayanya tunggul ni.. Lalu mula mencincang lumat tunggul kayu tersebut.. Aku tersenyum sendiri. "Bakpo Li mu suko" "Takdok apa satu eh.. aku teringat cerita hindustan dibukit gini dio dok nyanyi dan nari..."ohhhh" Jali kebingungan.

Sorang lagi rakan yg paling top. Memang couplenya begitu tip-top namanya Rosman manakala buah hatinya Wati. Dulu, tiap malam bila aku buat-buat tidor, bergayutlah dia dgn telefon TM rumahku. Bil selalu memuncak tunjuk langit bila dia menumpang rumahku. Pernah aku curi dengar dalam sejam dia menggoreng, bila Wati nak letak telefon. "Ti..jangan letak lagi.. Abang tak puas lagi cakap dgn Ti.. Kalu esok abang mati" Bila aku mula bangun buat nak ketandas barulah dia mula letak telefon. Patutlah bil telefonku memuncak bila Man tumpang rumahku. Mula jumpa Man 2011. Pukul 5.30 petang ajak Man ke kopitiam di bandar Kota Bharu. Dalam sedap berbual certa masa muda, bunyi ringging. Man terus angkat. " ok..ok. Lepas ni...nanti balik ok..ok.OK duk makan dgn Seli ni..lepas ni lah ahh.." "Sapo tu Man" "Watilah takdok orang lain dah" "Bakpo tak royat aku kirim salam Man" "takpalah Li aku takut panjang pulok ceritanya" Aku mula senyum sendiri. Apa sudah jadi "Couple Of The Year" ni. Dulu kalau Wati nak letak telefon mesti kena marah.tak sayanglah...bencilah... Lo ni cari jalan jugak nak letak telefon secepat yg boleh. Meringkas karangan pulok dah. "OKlah Man suka hati kaulah Man". Takut bila aku sindir Wati pulak jadi mangsa. Pandai-pandailah engkau Man.


Dan yg terakhir awal tahun 2013, jumpa dengan Sudin dalam Pasar Siti Khadijah. " Din mu mari sorang ko" "Dak dengan isteri aku Nora" "mano dio" "tu dok pereh-pereh..tu lambat nak boleh ko sampai tu" "ohhh.." bila isteri dia Nora datang "Eh.. Li apo khoba" "Baik Alhamdulillah" "Nak beli laukkah" "Yalah kalu anak ramai gak keno beli sini dahlah... Baru untung sikit" Sudin dan Nora mula mintak diri. Dari jauh aku cuba tengok "Eh.. Kenapa dengan Sudin dgn Nora ni" Kalu Nora jalan laju Sudin tentu slow. Kalu Nora slow sudin pasti laju. Maka teringat masa dulu tiap malam rabu. Pasar malam di Machang dialah couple yg tak pernah tak berpegang tangan walau sekali. Tak kira walau beratus orang yg tengok. Dia tetap berpegang tangan. Bila mula tanya "Din bakpo gak mu dok pegang sokmo tangan pasar malam.. Tak malu ke" "ah..malu gapo. Kalu salah aku lepas tangan dia nya ada motor ke kereta lalu.. Tepuh dia, mampus aku terpaksa jawab ko ayah dia" "Dah ikutmu lah Din.. Aku takut keluarga dia malu jah dgn sikap mu tu... sbb dia tu alek org tino" "ah.. Bisa di atur pak" lalu pergi.. aku mula diam.


Itulah antara pengalamanku yg tak pernah tercapai hasrat untuk buat kajian. Kejutan budaya seringkali berlaku pada kebanyakkan orang lain dan juga kita sendiri. Buat yg mampu menerimanya hanya berdiam diri sahaja. Tapi yg mula merasa satu keanehan mula bertanya dan mempersoalkannya. "Ko ada hak lain nih". 


"Tidak sebenarnya pada pandangan ambo ianya lebih kepada sifat semulajadi seorang lelaki.. 
Kerana seorang lelaki yg ada hak lain akan berubah pada aspek hias diri; ketepatan masa, suka berahsia dan wang ringgit.... 
Wallahu A'llam

Tuesday, April 9, 2013

Terima kasih semua.....

Alhamdulillah....syukur kepada Allah SWT, setelah hampir 3 minggu Allah bagi sedikit ujian padaku, demam yg berpanjangan, batuk yg tak berhenti2, seluruh badan sakit2, kepala sakit yg amat sangat...... Akhirnya kini aku dah kembali sihat, rasa nikmat sangat hidup ini bila kita lalui semua ujian itu dengan redha dan musibah itu ku anggap sebagai satu peringatan dari Allah dan untuk hambanya yg dikasihi.....

Terima kasih juga kepada semua kawan2 yg sentiasa bertanya khabar, Mengambil tahu tentang keadaan diri ini. Rasa diri ini seperti di kasihi oleh semua, selain daripada keluarga, suami dan anak2 yang selalu ambil berat, kawan2 ku juga tidak ada kurangnya... Terima kasih semua.....
Bangga sangat punya keluarga dan sahabat2 yg amat mulia budi pekerti..... Syukur sangat2.       


Maimum Ismail   
08 April 2013

debaranku terjawab

Alhamdulillah... Syukur tak terhingga bila penantian berhari-hari dengan penuh debaran mula terjawab pada hari ini. Satu suara dari Saniah diperlukan untuk mengetahui akan lengang dan lenggok serta liuk lentok nada suaranya samaada memarahiku atau menerimanya dengan penuh pasrah. Rupanya Saniah mula membacanya hari ini riak dan gaya penulisan bukannya memarahiku.. syukurlah. 

Beginilah nasib seandainya kita berdiri sebagai seorang penulis. Walaupun hasrat tersurat dan tersirat tiada sekelumit debu sekalipun untuk mengharu biru keadaan dan menjatuhkan rakan kita. Bila terujud satu suasana sedih maka dengan sedaya upaya mula mencipta satu suasana suka. Menimbulkan kegembiraan rakan adalah satunya hasrat hati. Jika ianya disalah anggap dan isu mula dipermainkan sedikit demi sedikit maka mula timbul satu perasaan lumpuh dan kaku. Pabila hukum dijatuhkan perasaan hati mula menjadi semakin parah. Itulah rentetan yg tak termampu untukku pertahankan akan hasrat hati inginkan satu kejujuran yg hakiki.



Mujurnya ketrampilan Saniah mengucapkan terima kasih yg tak terhingga akan sikap rakan2 yg juga memahami. Beban berat dipundaknya terasa ringan kini. Walaupun kita tampil tanpa menolong beliau, namun ketrampilan kita adalah untuk memberi semangat dalam menghadapinya.... Salam buat semua.. ...Maaf 3X


Rosli Salleh

aku..anak lelaki tunggal

Terkadang terfikir sendiri betapa beruntungnya menjadi seorang anak lelaki tunggal. Tapi masa kecil dulu " oh ruginya aku, kalau ada abang kan best"... Perit bila terpaksa koyak nyior dengan kapak atau parang yang tumpul.... Siap belah... Kukur nyior pun tanggung jawab.. Mula kukur sedapnya kalau kita ambil nyior yg baru kukur tu... Tumbor nyior mmglah aku khaskan buat adikku... 

Lepas kukur mujurlah tugas mula bertukar. Perah adalah tugas kakakku. Eh... Bawang tak cukup lagi tu Li... Ida koyak sikit tolong tambah sikit lagi. Ambil satu bawang ppacak hujung pisau takut masuk mata. Koyak...koyak dan koyak bagi pada Kak Na untuk dia potong... Ah siap.. Cuba ambil semula tempurong.. Ni kalu ikat tali dilubang tempurong boleh buat Chak Nyir ni... Cuba buat oh... Berjaya Adik Idalah yg mainnya... Tak apalah... Bila dekat raya hati mula rungsing.. ibu selalu ambil upah buat Roti Jala..Ayam Kerutuk.. Parahlah aku kali bunyinya banyak tempahan... Aku pulaklah kesudahannya 

Kak Na mmg Slow Motion Orangnya... Adik Ida Kecik Lagi masa tu.. Siapkan daun pisang... Buat kelonsong kacang butir.. Tebuk hujung berjoget lah aku bersama Kak Na yg melipatnya..Oh.. Laju Li boleh mak tambah satu dapor lagi... Bolehlah.. Bergoleklah aku macam penari dangdut gerudilah aku tanpa musik.. Kak Na menanti untuk melipatnya.. Ibu sediakan Kerutuk Ayam dan Daging.. Adik Da tolong yg kecik2 aje.... Semasa hari raya semakin dekat rupanya ada lagi tempahan... Yang ini akan jadikanku Body Builder... "Pecahkan telor Li asingkan telor kuning dan putih... Bakpo pulok ni.. Telor kuning nak buat kuah.. Telor putih nak buat beleda.. Oh..Beleda Buih ni... Alamak patahlah bahu kali ni.tahun lepas dah kena, seminggu baru pulih bahuku.. Acara genjak telorlah acara paling boring... 15 kali tanya.. Bolih dah mak..takleh lagi..sikit lagi..rupanya sikit lagi tu setengah jam baru..ok.. 




Mujurnya tahun tu mak tak wat sambal daging.. Kalu tidak tak main bedil buloh lah aku raya tu.. Pelita rekaan sendiri dgn tin susu ajerrr.. Mak dapat upah lepas raya mula berbagi duit. Nak memujuk terus bawa tengok bola bersama vespanya.. Tak sangka ramai nya orang... Nak lompat aku kecik.. Akhirnya ayah begitu gagah mengangkatku. Didukung masuk dalam stadium aku mula berpaling kebelakang kerana dilonjak tinggi. Eh.. Kenapa ayah ada dibelakang sana tersengih kearahku.. Aku berpaling kebawah rupanya seorang india sedang mengangkat.. Rasanya dia ingat aku ni adalah anak india jugak. Ayah cepat kearahku dan India tersebut lantas mengucap terima kaseh.... Thank's Uncle budi uncle tak terbalas...


Rosli Salleh
08 Apr' 2013

Thursday, March 21, 2013

Dia tetap seorang rakan...

Hari ni... Mula mengambil kesempatan yg sedia ada iaitu keluangan masa untuk merayau bersama kapcai yg minyak telah terisi penuh. Melalui jalan Telipot berpaling kearah rumah mertua Arwah Zainuddin Ariffin. Seorang rakan yg menjadi perbualan rakan lain kerana hubungan persahabatannya yg baik. Mula berpaling pada kedai kesebelah kanan iaitu kedai membaikki jentera berat rasanya Tan tak balik lagi..tentu sibok kerja akaun..Namun tak dapat singgah kerana tak menunaikan hasrat rakan Ah Hong untuk install Chenese computer dikomputer anaknya. Sedangkan CD tak jumpa. Mula Jengok kedai sebelah kiri Kedai Makan ni Kamariah lah Tokeynya..sebelah kanan jalan Rosnani Ghani anak penghulu masa tu adalah juga seorang rakan.. Sebelah dalam kesekolah Budaya gambaran Azahari mula timbul kerana baru ni telah kerumahnya dan minum bersama.. Tak pernah terdetik sebesar zarah sekalipun menyalah guna kesempatan ada bila ketahui dia dan dibelakangnya ada satu kuasa tak mungkin tumbang walau ditolak malahan Nombor Handphonenya lupa untuk mengambilnya. Sebelum tiba di jambatan mula berpaling disebelah kiri disitulah rumah rakan baik Norazuan Mohd Noor ayahnya pekerja Telekom. Bersebelahannya sebuah rumah besar dimana rakan kita Bibi Norhayati tinggal bapanya adalah Zakaria Sekolah Drivers selalunya Norazuan mula mengacah padaku bila bersua dejgan Bibi. Disebelah kanan dibawah lembah terdapat rumah tinggi kerana sering dilanda banjir Shakri Mohamad sekarang seorang guru SMK Pintu Geng. Selepas jambatan mula terpingga mana lagi rakanku. Buat U Turn di Wakaf Che Yeh menuju jambatan pertama. Berhenti D'Klasik order Roti dan baru teringat dulunya bila seorang rakan beritau disitulah Maimon Ismail tinggal. Rumahnya berjiran dgn Zainuddin Mohamad tapi tak tahulah mana satu rumahnya. Mula teringat pada satu nama Mat Ropi atau panggilan dikampongnya Pak Li rasanya dia ada..Boleh terima aku rasanya.... Mujorlah kebetulannya ada dirumoh. Mulakan perbualan dengannya satu demi satu isu dibual. Perasaan hormat padaku menebal menyebabkan diri rimas.. Cuba memesrakan pertemuan dengan bahasa aku.. Namun dia maseh ungkap Kawe dan demo..Pandang dipintu rumahnya..Oh rupanya ibunya masih sihat lagi dapat menjenga dari muka pintu. Satu janji padanya In Sya Allah saya akan tetap cuba mengujud satu tabung. Bermula hari ini memohon beliau untuk beritau padaku sekirajya ada rakan ditimpa musibah.. In Sya Allah...Sambil berlalu dan berjanji akan datang semula kerana ingin jumpa dengan ibunya. Itulah rakan-rakan kita yg tak mampu untuk menyapu atau melupuskannya dari hidup kita. Walau apa kerjanya ia tetap rakan kita. Takdir telah menentu untuk beliau ada bersama kita dulunya untuk mengharunggi kehidupan ini. Walau macamana situasinya beliau kini.. Dia tetap seorang rakan...dan rakan... Tangganilah rakan kita dengan sebijaknya pabila bersua. Kerana setiap kenangan dilalui ini tak termampu untuk kita lupakan dan nafikannya. Walau payah mendekatinya namun akan tetap mencuba dan mencuba... Tiada terujud sifat double standard dalam menangani seorang rakan kerana kita akan cuba sedaya upaya untuk menjadi diri kita sebagaimana 35 tahun yg lalu......

Rosli Salleh
21 Mac '13

Tuesday, March 19, 2013

TEMAN tu apa Li?....


TEMAN tu apa Li?.... Terpanggil untuk bercerita bila ada soalan... Patutkah bersusah payah kita bercerita ttg ni... Oh... Pengetahuan Am kita sepatutnya tahu... Nanti kalau anak atau cucu bertanya apa nak jawab. Teman adalah singkatan pada Terminal Makanan Negara juga diberi nama Pasar Borong juga diberi nama RTC atau Rural Trade Centre.

Ditadbir oleh Pejabat FAMA wilayah timor. Pasar borong yg dulunya ada di Wakaf Che Yeh mula dipindah ke Teman. Segala barangan makanan yg dijual diseluroh Kelantan sebenarnya bermula disini.Tak kira samaada dipasar Siti Khatijah sekalipun. Operasi bermula sebelum suboh lagi. Dan berakhir pada pukol 1.00 tengahari. Harga barangannya mmg tip top kalau nak guna secara banyak. Pok Pek yg selalu membawa barangan dengan motorsikal selalunya membeli disini.

Disinilah barangan di isih untuk kekampong-kampong. Semua kuih tradisional ada disini dijual secara pukal. Hasrat kerajaan sebenarnya ingin menjadikan RTC adalah untuk sebagai tempat baru untuk memindahkan pejabat-pejabat kerajaan persekutuan dibandar yg nilai tanah semakin mahal dan juga kesesakan lalulintas semakin hari semakin teruk.




Rosli Salleh
19 Mac 2013

Sunday, March 17, 2013

Cadange nak adakan Tabung SMK Kota 74-78...


Pengalaman merupakan salah satu guru ambo yg sejati. Bila sesuatu mula berlaku pada diri ambo maka satu persatu wajah rakan2 ambo hak tak kejo kerajaan mula timbul. Mail Ghani, Seli Semail, Mat Ropi, Mat Nor, Rahim Hussin dan lain-lain lagi. Bagi diri ambo buat masa loni dok berasa, tak timbul doh masaalah kewangan kerana ambo adalah kakitangan awam walaupun gaji tak seberapa. Ambo juga boleh buat pinjaman segera dari bank Ma&Pa jugok Bank Dik&Kak ada lagi. Sebab tu bila masuk mano2 grup aktiviti utama yg ambo tekankan adalah penubuhan tabung kebajikan untuk semua rakan tak kiro walaupun ianya berada diluar grup atau dalam grup, kerana kita berpegang pada konsep sedekah.

Nawaitu kita nak ujudkan Tabung dalam grup, usah kito mulakan perbincangan tentang duit, sebanyak manokah yg mampu ditabungkan untuk grup. Kerana yang paling penting sekali ialah sama2 menyokong penubuhan tabung tu. Walaupun peringkat awal pelancarannya hanya ada 1 orang peserta dan duit hanya 50.00 sahaja kerana konsep sedekah tak memerlu target. Bila tabung ditubuh masing2 antara kita mula tahu yg ianya wujud. Masa dan keadaanlah akan menentukan ahli grup manakala yg lainnya mula mengisinya kemudian.


Ambo tetap yakin dan percaya akan setiap kerja2 kebajikan dan kebaikkan yg kita usahakan ini pasti mendapat pertolongan dari Allah dan tetap ada ganjarannya. Malah pada peringkat merancang kearah kebaikan pun sudah dijanjikan akan ganjarannya. Adalah lebih baik kita sedekahkan wang kita pada rakan kita yg kita telah tahu dan pasti akan kesusahannya daripada kita menghulur wang kepada peminta sedekah ditangga2 kita yg masih belum jelas akan kesusahannya, ada diantara mereka yang terlibat dengan sindiket yang mengaut keuntungan atas kesusahan orang lain.

Bukannya niat ambo nak tampilkan perkara ni untuk mendapat simpati pada anak ambo. Sebagaimana dulunya telahpun berlaku. Dimana mereka meminta sumbangan atas nama anak ambo. Tapi ambo ambik duit tu dan sumbang untuk satu tabung kebajikan lainnya. Percayalah bukannya mereka yg pinta duduk dalam keadaan sedemikian, yang menentukan mereka berada disitu adalah dari Pencipta yg tahu segala yg tersirat dan tersurat.

Adalah salah seandai kita hanya merasa begitu takjub akan Arkitek dan Engineer saja, tak akan berdiri indah bangunan Taj Mahal tanpa adanya tangan2 kasar yg mengukir dan membinanya. Pernah tidor dirumah rakan yg susah dimana nasi berkuah maggi (masa tu 40 sen) dan ikan kecil yg anaknya pergi menjala, dengan ruangan rumah hanya 20 X 15 saja. Bagaimana sekiranya berlaku kepada rakan yg sebegini. Bukannya yuran yg dimaksudkan disini tetapi sedekah kepada tabung. Setiap wang yg disedekah sudah pasti kita akan belanja pada yg HAK. Rezeki yang Allah berikan kepada sesaorang kurang bernasib baik tidak datang secara terjun dari langit. Namun ianya akan melalui diri kita atau orang lain sebagai pengantara. Seandainya Allah tetapkan rezeki kepada orang susah melalui kita tetapi kita sayang untuk memberinya.. Nescaya suatu hari nanti.. Allah mengurangkan rezeki kita kerana iktikad kita rezeki kita hanya boleh digunakan untuk keluarga dan diri kita saja.

Akhir kata ambo sangat-sangatlah mengharap pada rakan2 di groups SMK Kota 74-78 bersama2 menyokong penubuhan tabung ini seberapa segera yg boleh. Selagi kita letakkan masaalah di depan selagi itulah penubuhan tak akan terlaksana. Seperti yang telah saya nyatakan pengalaman saya dalam hidup bermasyarakat dalam pelbagai peringkat masyarakat telah mengajar erti kehidupan yang sebenar. Tak ramai orang yang dapat melepasi keegoan untok berbakti kepada yang memerlukan melainkan menolong semata-mata untuk mendapat pujian atau sanjungan dari masyarakat.

Semoga hasrat murni Elani, maimum dan  rakan2 lain untuk melihat kewujudan Tabung SMK Kota 74-78 akan jadi realiti sedikit masa nanti. Apa yang perlu sekarang ini adalah mendapat sokongan padu dari rakan2 semua. kami juga mengalu-alukan sumbangan idea atau tenaga dari anda semua. 

Wassalam

Rosli Salleh
17 Mac 2013

Tuesday, March 12, 2013

Kisah zaman kanak-kanak


Bila mula buka glossari pokok dan melihat pokok tanjung mula teringat akan pada bola sekolah kito dulu dikelilingi oleh pokok tersebut. Budak besar mula berkiro dan nusuk atas pokok sejak petang lagi bila ada tayangan wayang gambar berbayar pada malam tu tak payoh bayar tiket. Roslina tak payah ukah pokok sebab duduk dalam kuarters saing dia dekat kantin lepas sekolah.

1.00 tengahari mula berjalan balik dan berdoa agar ais sekerim hak kita tike atau pusing nanti kena 5 batang. Tak cekak pusing jatuh atas no 1 sajo. Balik lalu kok kedai Kodir dan Jusoh takleh nak nikam dah duit abis. Kedai Wan Mek pun takleh nak gi dah kerana dlm keadaan bangkrap.

Bilo sampai drumoh oloh ramainya dok atas tangga... rupanya puok dio dok cari gutu. Sisir gutu tu ada 4-5 bilah. Budak kecik nampok belenj...o mulut dok tindas gutu atas semin. Hak kecik lain nampok dok main Oooo... Som. Biarlah... Keno makan nasi dulu ni... takut dan adik suruh tarik upih pinang atau pelepah nyior... Letih jugok anok jate sorang ni.... Turun koho-koho ajat nak gi main gelek rim rumah syed hasni.... Tak dan turun tanah mak suruh tolong pasang radio kerana sudah pukol 4.00 petang siaran Singapura lagu hindustan. Dekat rumah rathiah lagi deras dia guna horn speaker... Rarhiah tahulah dekat balaisah tu. Rasa Tan pun minat hindustan sebab takdok pilihan lain.

Bila nak turun tanah semula tengok Deraman Awang mulo mari drumah... Ruponya dia nak ajak main guroh. Syed Hasni dok nunjuk buah guroh dio batu bukan gandum. Buat tak tahu jah.... Gelap sikit baru mikir malam ni keno ngaji quran awal ni tapi arwah pak da Him tok sedaro ambo orang bekeng. Kalu dia tahu nak ngaji cepat nak gi tengok TV beratlah kito keno. Malam ni ada cerita melayu sedap ni. Kalu lewat gak dok belakang TV ada 3 butir jah hak ada TV kampong tu. Rumah orang panggil Mak Nik lah iaitu Tok ambo tempat orang kampong tengok TV cerita melayu. Dalam 20-30 orang jugok hak nengok nya. Kalu TV bronar ambo hak jong betul dan pulas depannya. Selipar hak dok atas tanggo gok ilang sokmo kena susuk.



Rosli Salleh
12 Mac 2013

Thursday, February 28, 2013

ambo rase dihargai...



Perasaan terharu mula muncul bila orang yg takdok pangkat dan pelajaran rendah serupo ambo mula dihargai. Terasa diri seolah-olah seorang bintang filem yang mula ditebarkan permaidani merah untuk kita berpijak dan memulakan perjalanan. Suara2 ikhlas yg menjemput mula hadir satu persatu. Selain dari rakan baik ambo adik cun kito Tan Kim Eng Tan pun berlaku kejutan budaya jugok bila ambo panggil adik comel, akhirnya semua tahu sebenarnya itulah bahasa orang tuo serupo ambo nih, lebih baik sebutkan sesuatu yg baik pada rakan kerana kita takkan rugi walau sesenpun.


Bertubi-tubi mereka mula menjemput ambo... Itulah sebenarnya tujuan diujudkan grup.. Tampilnya kita semua kedalam 
grup adalah untuk merasakan satu kenikmatan silatulrrahim sebenar dan tiada sedikitpun ada agenda sampingan yg tersendiri. Tak tersangka begitu erat sekali tali perhubungan grup bagaikan lidi kalau 1 batang mudah patah, t+api bila kita tautkan beratus lidi untuk jadi kan penyapu.. tiada siapa pun yang dapat mematahkannya lagi. Harapan dan doa, agar situasi sebegini akan mampu bertahan buat selamanya. 


Kepada sahabat ambo hok come lote tu, Elani, Nani Hassan, Wan Zone, Nariah Mamat, dan jugok waris ambo tu Rothiyah... mereka sering bercerita tentang Kampong Jelutong... disini ambo berjanji akan melakarkan satu cerita berhubung kehidupan masa lalu di Kampong tersebut....moga anda semua bersabarr.. 


Ambo dulunya pernah mengetuai satu Alumni dan ianya jauh berbeza seperti grup ini... dan ambo raso tak mampu buat sebagaimana dio buat ko ambo.. Goooood job... layani rakan2 kito dengan baik tanpa ada niat lain disebaliknya... nescaya ada ganjaran menanti. 

Kepada ahli lain yg tak menjampok pun ambo rasa teruja... Ambo bui 10/10 ada keluangan masa.... ambo akan cuba menulis karya yang mampu mengamit memori semoga ianya menjadi meriah sebagaimana burong dihutan waktu pagi dengan kicauan bertingkah...


Kalau lambat jawab tefon tu...mungkin  ambo berado di RTC @Teman..mungkin ada pertandingan Tomoi yg mana kelab tu ambolah penasihat tetap....



Rosli Salleh


Sunday, February 24, 2013

Mini reunion SMK Kota 74-78 di Setapak Indah

azahari, marzuki, wan rohani, wan zone
maimum, zawany, nariah dan elani


Mini reunion ini diadakan dirumah Pn Maimum pada hari sabtu 23 Febuari 2013. Majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara sahabat-sahabat yang bekerja di Kuala Lumpur dan Selangor.


Pertemuan ini benar-benar mengeratkan kembali persahabatan mereka. Elani, Maimum, Wan Zone, zawany, Nariah, Wan Rohani, mereka sebak berpelukan dalam tangisan, melepaskan rindu di dada. Kisah-kisah lama mereka ulang kembali dalam bentuk nyata. Ketawa tidak henti-henti dengan pelbagai cerita mengubat rindu di hati.

Nasi minyak dan lain-lain juadah sentuhan anak murid Cikgu Sepiah menjadi santapan mereka pada tengahari itu. Teratak Puan Maimum di setapak indah menjadi saksi pertemuan hati-hati yang sekian lama memerap rasa rindu setelah lebih 30 tahun terpisah dek jarak dan masa, kerana masing-masing merantau ke negeri lain  untuk mencari rezeki, menuntut ilmu maupun mengejar kerjaya.


Tahniah kepada Ahmad Marzuki dan Nariah yang hadir. Biarpun jauh bukanlah halangan bagi mereka demi menjayakan mini reunion tersebut. Mereka datang untuk tidak menghampakan jemputan Maimum dan Elani. Sesungguhnya Kehadhiran mereka dari Kuala Terengganu dan Kota Bharu tambah menceriakan lagi majlis tersebut.

Terima kasih kepada Maimum dan famili kerana mengaturkan majlis ini dengan baik sekali. Kami rakan- rakan di Kelantan bangga melihat kejayaan majlis ini dari jauh. Kami bangga mempunyai rakan-rakan seperti mereka.


azahari, syed adli (suami wan rohani) dan marzuki




Marzuki bermotosikal dari Terengganu sanggup datang
bertemu rakan-rakan demi sebuah persahabatan




maimum posing bersama danial dan
khatijah (anak & isteri azahari)




suami dan anak wan zone


Saturday, February 16, 2013

Thursday, February 14, 2013

Cetusan rasa.....



ELANI, suatu nama yg sentiasa dalam ingatan...

terpandang aku nama itu....

FB telah mempertemukan kami.....

rasa rindu....rasa hiba ....rasa gembira.....

dari situlah kami mencari....dan terus mencari.....

... semua memori kami cungkil kembali....

kenangan lama datang kembali....

terlalu indah untuk dilupakan.....


AZIZ, MOHD SAYUTI, 2 nama yg banyak jasanya...

bersama ELANI mereka mencari dan mencari.....

MARZUKI, sahabat.....terima kasih ..

kerana sanggup datang dari jauh untuk bertemu....

bangga punya sahabat sebaik itu...

AKHIRNYA.....kita berjumpa....

terlerailah rindu....duhai kawan2 semua.....

ini bukan satu kesudahan....tapi satu permulaan....

bermula untuk menjalin hubungan bagai satu keluarga....

In Shaa Allah....


(ingin ku sebut semua nama kawan2 yg ku sayangi tapi takut panjang sangat nanti kwn2 semua boring nak baca)


 Maimum Ismail
(dari Facebook)

Wednesday, February 13, 2013

Catatan kembara Ahmad Marzuki (Ke Kuala Lumpur, Melaka, Perak dan Kelantan)

ahmad marzuki dalam 'do or die mission' mengunjungi
sahabat lama maimum ismail disetapak indah

Salam. Jam 7.00ptg 12 feb 2013. baru sampai kembali ke rumah setelah menjelajah lebih daripada 2500km melawat sanak saudara dan terutamanya menemui rakan-rakan yang telah lama tak diketemui.

Perjalanan kali ini yang bermula pada 8.00 pg 8 Feb 2013 menjadi teramat menarik setelah mendapat panggilan daripada kawan2 ( sebenarnya adik beradik bro dan sis) yang telah hampir 4 dekad tidak bertemu.

ziarah rumah sayuti di wakaf che yeh

Semoga Allah merahmati mereka samada yang masih ada dan yang telah kembali menemui Penciptaanya.

Perjalanan menjadi lebih istimewa apabila saya menyambut ulang tahun ke 52 semasa pengembaraan ini.

Pada saya pertemuan ini merupakan 'do or die mission' yang tak dapat ditukarganti dengan yang lain.

 Bintang kejora cerah sekali

menghibur hati yang kian gundah

datang hamba menyerah diri

bersama nostalgia memori terindah


Tahniah dan syabas kepada bro n sis yang telah berusaha keras menjayakan pertemuan ini, terima kasih juga diucapkan kepada yang terlibat secara tidak langsung menjayakan usaha yang mulia ini.

  perjumpaan kali pertama rakan-rakan SMK Kota 74-78
diadakan di rumah aziz awang pada 11 Feb 2013

Perasaan rindu akan wajah, hilai tawa dan gurau senda terubat sepenuhnya dalam pertemuan julung-julung kali ini.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al Fatihah kepada saudara-saudara yang telah pergi meninggalkan kita, semoga usaha yang baik ini berterusan dan direstui Allah Taala. Amin.


Ahmad Marzuki
(dari facebook)