Thursday, February 28, 2013

ambo rase dihargai...



Perasaan terharu mula muncul bila orang yg takdok pangkat dan pelajaran rendah serupo ambo mula dihargai. Terasa diri seolah-olah seorang bintang filem yang mula ditebarkan permaidani merah untuk kita berpijak dan memulakan perjalanan. Suara2 ikhlas yg menjemput mula hadir satu persatu. Selain dari rakan baik ambo adik cun kito Tan Kim Eng Tan pun berlaku kejutan budaya jugok bila ambo panggil adik comel, akhirnya semua tahu sebenarnya itulah bahasa orang tuo serupo ambo nih, lebih baik sebutkan sesuatu yg baik pada rakan kerana kita takkan rugi walau sesenpun.


Bertubi-tubi mereka mula menjemput ambo... Itulah sebenarnya tujuan diujudkan grup.. Tampilnya kita semua kedalam 
grup adalah untuk merasakan satu kenikmatan silatulrrahim sebenar dan tiada sedikitpun ada agenda sampingan yg tersendiri. Tak tersangka begitu erat sekali tali perhubungan grup bagaikan lidi kalau 1 batang mudah patah, t+api bila kita tautkan beratus lidi untuk jadi kan penyapu.. tiada siapa pun yang dapat mematahkannya lagi. Harapan dan doa, agar situasi sebegini akan mampu bertahan buat selamanya. 


Kepada sahabat ambo hok come lote tu, Elani, Nani Hassan, Wan Zone, Nariah Mamat, dan jugok waris ambo tu Rothiyah... mereka sering bercerita tentang Kampong Jelutong... disini ambo berjanji akan melakarkan satu cerita berhubung kehidupan masa lalu di Kampong tersebut....moga anda semua bersabarr.. 


Ambo dulunya pernah mengetuai satu Alumni dan ianya jauh berbeza seperti grup ini... dan ambo raso tak mampu buat sebagaimana dio buat ko ambo.. Goooood job... layani rakan2 kito dengan baik tanpa ada niat lain disebaliknya... nescaya ada ganjaran menanti. 

Kepada ahli lain yg tak menjampok pun ambo rasa teruja... Ambo bui 10/10 ada keluangan masa.... ambo akan cuba menulis karya yang mampu mengamit memori semoga ianya menjadi meriah sebagaimana burong dihutan waktu pagi dengan kicauan bertingkah...


Kalau lambat jawab tefon tu...mungkin  ambo berado di RTC @Teman..mungkin ada pertandingan Tomoi yg mana kelab tu ambolah penasihat tetap....



Rosli Salleh


Sunday, February 24, 2013

Mini reunion SMK Kota 74-78 di Setapak Indah

azahari, marzuki, wan rohani, wan zone
maimum, zawany, nariah dan elani


Mini reunion ini diadakan dirumah Pn Maimum pada hari sabtu 23 Febuari 2013. Majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara sahabat-sahabat yang bekerja di Kuala Lumpur dan Selangor.


Pertemuan ini benar-benar mengeratkan kembali persahabatan mereka. Elani, Maimum, Wan Zone, zawany, Nariah, Wan Rohani, mereka sebak berpelukan dalam tangisan, melepaskan rindu di dada. Kisah-kisah lama mereka ulang kembali dalam bentuk nyata. Ketawa tidak henti-henti dengan pelbagai cerita mengubat rindu di hati.

Nasi minyak dan lain-lain juadah sentuhan anak murid Cikgu Sepiah menjadi santapan mereka pada tengahari itu. Teratak Puan Maimum di setapak indah menjadi saksi pertemuan hati-hati yang sekian lama memerap rasa rindu setelah lebih 30 tahun terpisah dek jarak dan masa, kerana masing-masing merantau ke negeri lain  untuk mencari rezeki, menuntut ilmu maupun mengejar kerjaya.


Tahniah kepada Ahmad Marzuki dan Nariah yang hadir. Biarpun jauh bukanlah halangan bagi mereka demi menjayakan mini reunion tersebut. Mereka datang untuk tidak menghampakan jemputan Maimum dan Elani. Sesungguhnya Kehadhiran mereka dari Kuala Terengganu dan Kota Bharu tambah menceriakan lagi majlis tersebut.

Terima kasih kepada Maimum dan famili kerana mengaturkan majlis ini dengan baik sekali. Kami rakan- rakan di Kelantan bangga melihat kejayaan majlis ini dari jauh. Kami bangga mempunyai rakan-rakan seperti mereka.


azahari, syed adli (suami wan rohani) dan marzuki




Marzuki bermotosikal dari Terengganu sanggup datang
bertemu rakan-rakan demi sebuah persahabatan




maimum posing bersama danial dan
khatijah (anak & isteri azahari)




suami dan anak wan zone


Saturday, February 16, 2013

Thursday, February 14, 2013

Cetusan rasa.....



ELANI, suatu nama yg sentiasa dalam ingatan...

terpandang aku nama itu....

FB telah mempertemukan kami.....

rasa rindu....rasa hiba ....rasa gembira.....

dari situlah kami mencari....dan terus mencari.....

... semua memori kami cungkil kembali....

kenangan lama datang kembali....

terlalu indah untuk dilupakan.....


AZIZ, MOHD SAYUTI, 2 nama yg banyak jasanya...

bersama ELANI mereka mencari dan mencari.....

MARZUKI, sahabat.....terima kasih ..

kerana sanggup datang dari jauh untuk bertemu....

bangga punya sahabat sebaik itu...

AKHIRNYA.....kita berjumpa....

terlerailah rindu....duhai kawan2 semua.....

ini bukan satu kesudahan....tapi satu permulaan....

bermula untuk menjalin hubungan bagai satu keluarga....

In Shaa Allah....


(ingin ku sebut semua nama kawan2 yg ku sayangi tapi takut panjang sangat nanti kwn2 semua boring nak baca)


 Maimum Ismail
(dari Facebook)

Wednesday, February 13, 2013

Catatan kembara Ahmad Marzuki (Ke Kuala Lumpur, Melaka, Perak dan Kelantan)

ahmad marzuki dalam 'do or die mission' mengunjungi
sahabat lama maimum ismail disetapak indah

Salam. Jam 7.00ptg 12 feb 2013. baru sampai kembali ke rumah setelah menjelajah lebih daripada 2500km melawat sanak saudara dan terutamanya menemui rakan-rakan yang telah lama tak diketemui.

Perjalanan kali ini yang bermula pada 8.00 pg 8 Feb 2013 menjadi teramat menarik setelah mendapat panggilan daripada kawan2 ( sebenarnya adik beradik bro dan sis) yang telah hampir 4 dekad tidak bertemu.

ziarah rumah sayuti di wakaf che yeh

Semoga Allah merahmati mereka samada yang masih ada dan yang telah kembali menemui Penciptaanya.

Perjalanan menjadi lebih istimewa apabila saya menyambut ulang tahun ke 52 semasa pengembaraan ini.

Pada saya pertemuan ini merupakan 'do or die mission' yang tak dapat ditukarganti dengan yang lain.

 Bintang kejora cerah sekali

menghibur hati yang kian gundah

datang hamba menyerah diri

bersama nostalgia memori terindah


Tahniah dan syabas kepada bro n sis yang telah berusaha keras menjayakan pertemuan ini, terima kasih juga diucapkan kepada yang terlibat secara tidak langsung menjayakan usaha yang mulia ini.

  perjumpaan kali pertama rakan-rakan SMK Kota 74-78
diadakan di rumah aziz awang pada 11 Feb 2013

Perasaan rindu akan wajah, hilai tawa dan gurau senda terubat sepenuhnya dalam pertemuan julung-julung kali ini.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al Fatihah kepada saudara-saudara yang telah pergi meninggalkan kita, semoga usaha yang baik ini berterusan dan direstui Allah Taala. Amin.


Ahmad Marzuki
(dari facebook)

Monday, February 11, 2013

Perjumpaan Rakan-rakan SMK Kota 74-78

Perjumpaan ini santai sahaja ianya bukan reunion sebab tiada perancangan yang rapi hanya Aziz dan Elani sahaja yang ambil inisiatif menghubungi rakan-rakan kebanyakannya sudah ada program bersama keluarga. Perjumpaan ini  diadakan di rumah Aziz Awang (Kg.Kota) pada 11 Feb 2013 iaitu hari kedua Perayaan Tahun Baru Cina. Siapa yang menghadiri perjumpaan ini dikira bernasib baik kerana ia merupakan perjumpaan yang pertama yang dapat mengumpulkan lebih dari 20 orang rakan-rakan SMK Kota 74-78 setelah lebih 30 tahun meninggalkan alam persekolahan.

Marzuki, Ct Aishah, Sayuti, Cg Mustapha
 Rohana, Nazula, Nariah, Kamariah, Azizah 
Radhiah, Maimum, Elani, Shamsiah, Noreha
Saniah, Marhani dan Siti Fatimah

Kami bertemu kembali dalam suasana yang jauh berbeza... umur pula sudah melepasi setengah abad... kulit sudah mula kendur dan rambut pun sudah memutih....... yang paling best nya ada dari kalangan kami yang sudah mendapat title datuk atau nenek iaitu gelaran dari cucu-cucu mereka.


Maimum, Nariah, Elani, Kamariah dan Rohana

Perjumpaan ini bukan untuk apa-apa kecuali untuk membina semula sebuah persahabatan yang sudah lama terpinggir. Disebabkan persahabatan itu bermula semasa semuanya tidak punya apa-apa maka pertemuan ini cukup manis dan indah..


tahniah kepada famili elani..... mereka memang sporting

Sebelum bertolak balik Elani Ab Kadir yang juga pencetus kewujudan Group SMK Kota 74-78 sempat melontarkan bait2 indah untuk direnungi bersama.. 
Tercipta sudah satu pertemuan..
Terlerai rindu bertahun menunggu..
Harap bukan noktah pengakhiran..
Panjang usia Insyaallah nanti ketemu...

Semoga persahabatan yang telah terjalin ini akan berkekalan. Insyaallah.

Saturday, February 9, 2013

Bertemu setelah 37 tahun terpisah

09 Feb 2013 - Azahari dan Ahmad Marzuki
bertemu kembali setelah 37 tahun terpisah

Saya baru saja menerima panggilan telefon dari Azahari dari Melaka memaklumkan akan pertemuannya dengan rakan karib yang sudah 37 tahun terpisah.

Azahari seorang usahawan yang menetap di Petaling Jaya, Selangor menzahirkan kegembiraan apabila dapat bertemu semula dengan Ahmad Marzuki yang bertugas sebagai ‘ lecturer’ di Institut Pendidikan Guru, Kuala Terengganu. Mereka terpisah ketika mereka berada di tingkatan 3 di SMK Kota pada tahun 1976.

Bagi Ahmad Marzuki pertemuan ini tambah bermakna kerana ianya berlaku pada hari ulangtahun kelahirannya yang ke 52 tahun.

Di kesempatan ini saya mengambil peluang mengucapkan, Selamat Hari Jadi kepada Ahmad Marzuki Abdul Rahman, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.




BEKAS PELAJAR SMK KOTA 1974-78












Grup BEKAS PELAJAR SMK KOTA 1974-78 ini diwujudkan khusus untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kota yang menuntut di sekolah tersebut di antara Tingkatan 1 pada tahun 1974 hingga ke Tingkatan 5 pada tahun 1978.

Tujuan penubuhan grup BEKAS PELAJAR SMK KOTA 1974-78 untuk mengumpul dan menyatu kembali semua rakan-rakan sekolah yang satu ketika dulu pernah bersama menuntut di sekolah ini. Diharap usaha ini dapat kerjasama dari rakan-rakan semua.

Banyak kenangan pahit dan manis sewaktu di zaman persekolahan, kini semuanya sudah berubah, masing-masing dah punya keluarga sendiri, kehidupan sendiri, kerjaya dan anak-anak....

Jika anda ingin berkongsi informasi, foto-foto semasa dialam persekolahan mahupun foto terkini anda, sila emailkan kepada : msd51@yahoo.com

Atau sertai rakan-rakan SMK Kota 74-78 di laman sosial Facebook : http://www.facebook.com/groups/409277089157076/?fref=ts

cikgu-cikgu kesayangan kami















Sejarah Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota (SMK Kota)


Kampung Kota yang jaraknya 6 km dari pusat Bandar Kota Bharu telah menempa sejarah dengan tertubuhnya sebuah Sekolah Menengah di kampung tersebut pada tahun 1965. Sekolah tersebut dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Kota. Sekolah ini bersebelahan dengan Stesen Radio Kota Bharu (RTM).

Pada mulanya Sekolah Menengah Kebangsaan Kota menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Kota, tetapi tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 1968, dua buah bangunannya sendiri siap dibina. Bangunan tersebut ialah Blok A dan bangunan Blok B. Tahun 1980, dua buah bangunan lagi dibina iaitu Blok C dan Blok D. Pertambahan bilangan murid menjadikan kerja pembinaan bangunan sekolah semakin rancak. Pada tahun 1991 beberapa bangunan baru 3 tingkat pula sempurna disiapkan. Sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Kota mempunyai 11 buah blok termasuk blok kemahiran hidup.


Peringkat awal penubuhannya Sekolah Menengah Kebangsaan Kota melaksanakan sistem pembelajaran 2 aliran iaitu aliran melayu dan aliran inggeris. Kumpulan pertama pelajar-pelajarnya adalah seramai 230 orang yang datang dari sekolah rendah disekitarnya seperti:
  1. Sekolah Kebangsaan Kota 
  2. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Kota 
  3. Sekolah Kebangsaan Bunut Payong 
  4. Sekolah Kebangsaan Pendek 
  5. Sekolah Kebangsaan Pintu Geng. 
Daripada jumlah tersebut, 3 buah kelas telah diperuntukkan kepada pelajar-pelajar aliran inggeris. Bagi menampung jumlah pelajar yang ramai, 5 orang guru terlatih telah ditempatkan di sekolah tersebut manakala 2 orang guru yang berpengalaman telah dipinjamkan dari Sekolah Kebangsaan Mulong dan Sekolah Menengah Ismail Petra.


Std 1 Yellow, SRJK (Ing) Kota in 1968


Pada tahun 1998 Sekolah Menengah Kebangsaan Kota mempunyai 1854 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Jumlah kelas ialah sebanyak 50 kelas termasuk 4 kelas aliran sains dan 3 kelas aliran agama atau arab. Tenaga pengajarnya seramai 90 orang iaitu 60 orang guru siswazah dan 30 orang guru bukan siswazah.

Guru-guru SMK Kota tahun 1976
Jamuan akhir tahun di Sabrina Court Kota Bharu
Ihsan dari: Cg Zainab Ali



Berdiri dari kiri: cg Nik Rosnah,
cg Hasnah, cg Fatimah Shaerah

dan yang duduk tu cg Zainab 





Bilangan guru pada masa ini seramai 160 orang. Jumlah pelajarnya pula melebihi 1900 orang murid dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 atas dengan 60 kelas termasuk kelas pendidikan khas. Jumlah kakitangan bukan guru yang sedang berkhidmat sekarang adalah seramai 16 orang termasuk kakitangan pejabat dan kakitangan makmal.

Penjaja dibenarkan menjual minuman
atau makanan di luar pagar sekolah.

Kini warga Kota boleh berbangga setelah hampir 50 tahun penubuhannya, sekolah ini telah berjaya melahirkan ramai tokoh akademik dan profesional, usahawan, ahli politik serta aktivis masyarakat yang telah banyak menyumbang kepakaran dalam pelbagai bidang kearah pembangunan dan kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya.

 

Info sekolah:
Azeem Sayuti
Sidang Redaksi
SMK Kota.