Friday, July 12, 2013

Istiadat Akad Nikah Dan Istiadat Persandingan YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri dengan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi.

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Di Raja YAM Tengku Amalin A’ishah Putri, 29 Tahun dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi, 39 Tahun di atas perkahwinan baginda. Pasangan Diraja yang sama cantik sama lawa ini telah selamat diijabkabul pada 27 Jun 2013 yang lalu di Istana Mahkota Kubang Kerian, Kota Bahru, Kelantan.

  

Yang Amat Mulia Tengku Amalin Aisyah Putri Bt Sultan Ismail Petra diputerikan Pada 26 Jun 1984 di Kota Bharu, Kelantan. Yang Amat Mulia Tengku Amalin merupakan puteri bongsu kepada Mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Bt Almarhum Tengku Abdul Hamid.

YAM Tengku Amalin Aisyah Putri mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Zainab II, seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama (SMA) Naim Lilbanat. Yang Amat Mulia Tengku Amalin mendapat pendidikan tinggi di Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang undang-undang. 


YAM Tengku Amalin Aisyah Putri adalah bekas Majistret di Kota Bharu dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tengku merupakan anakanda keempat dan puteri bongsu Sultan Ismail Petra, manakala Pengiran Muda Abdul Qawi adalah anakanda sulung daripada 10 beradik kepada Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, iaitu adinda Sultan Hasanal Bolkiah.


YAM Pengiran Muda Abdul Qawi merupakan Putera kedua daripada 10 orang adik beradik kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Hj Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah Ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. Pengiran Anak Zariah merupakan kekanda kepada Raja Isteri Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.