Saturday, May 31, 2014

MANISNYA PERTEMUAN TIDAK FORMAL

Kedatangan ku majlis undangan Roslena Jusoh akhirnya terasa seolah menghadiri keluarga terdekatku. Pada mulanya aku merasa was-was bila mula mengingati masa sekolah dulu... Roslena ni kaki buli juga orangnya.. Tapi bersama isteri bertekad begitu sekali akan pergi walau apa terjadi. Kerana nak jumpa Naim suami La orang Tanah Merah tempat aku bertugas dulu. 

Setiba disana aku mula terlihat satu wajah yg aku rasa aku kenali suatu masa dulu teacher Mimi dan suaminya. Bertahun dia mengajar dikampongku tak pernah sekalipun aku bersua dengannya. Dialah yg bersusah payah mengajar anak-anakku. Setelah berbual baru kutahu bahawa teacher Mimi rasa canggung untuk hadari perjumpaan kerana ramai rakan yg dia lupa.... Macam akuuuuulah juga rupanya.
Teacher Mimi bersama suami yg ensem
Tapi aku saja main hentam keromo saja. Mano group pun aku main. Makanan mmg best banyak sekali pilihannya. Kerana hari agak panas aku mula lemas didarat kerana terlalu banyak sangat minum air. Semasa mula hendak pulang aku terus berjumpa dgn Mr Handsome ayah Roslena Jusoh. Disitulah suasana yg best terujud. Mr Handsome terlalu baik. Mula bercerita ttg keluargaku semua dia setiap tragedi. Rasa hati ingin lama disana... Kalaulah tiada kenduri tentu aku ajak Mr Handsome kekedai kopi janda mana-mana untuk berbual...... 

Akhirnya aku merasa puas sekali.... Dan jantungku terasa nyaman bagaikan sembuh. ITULAH NIKMAT KEMANISAN PERTEMUAN TAK FORMAL. TIDAK TERIKAT DGN CERAMAH BERJELA. LEPAS SEORANG....SEORANG....
TERIMA KASIH ROSLENA & SUAMI, LA, NAIM, MIMI, TAHA DAN MR HANDSOME SEBAGAI WATAK PENGHIBUR.......



Rosli Salleh
 31 mei 2013

Wednesday, May 21, 2014

Mesej menyedihkan terakhir ayah kepada seorang anak di Facebook

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Login facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian ‘OTHER’ di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.


Ditatap isinya,

“Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, ‘Abah, abah, abah’. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak…

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.

Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini.

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.
Maafkan abah atas segalanya.
 


Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.




Friday, May 9, 2014

Buat Bonda Tersayang...Al Fatihah



Nukilan khas buat mu ibu..

Jika teringat tentang diriMu
Berlinang air mataku..
KuRindu saat2 bersamaMu
Kasih sayangMu Padaku

Aku selalu Mendoakan Mu
Agar kau bahagia dan tenang disana
Selamanya..
Kerana Tuhan telah memilih dia..

Tuhan kuatkanlah hatiku yg terluka..
semoga ku bisa rindukan dirinya.


Al-Fatihah untuk Arwah ibu Tersayang.





Nik Kamarulzaman Zulkifli