Wednesday, September 3, 2014

Kasih Sayang Seorang Suami


Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada tetamu yang hadhir di dewan  dan meminta seorang lelaki yang sudah berkeluarga datang ke depan.

PENCERAMAH: ”Tulis 10 nama yang paling rapat dengan anda” 
Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama, ada nama jiran, orang tua, teman kerja, sahabat, anak dan juga isterinya serta seterusnya.

















PENCERAMAH: "Sekarang sila pilih 7 di antaranya anda ingin hidup terus bersamanya"

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

  1. Abu kassim  - Bapa
  2. Suraya  -  Isteri
  3. Dr Razman   -  Anak lelaki
  4. Siti sarah  -  Adik perempuan
  5. Lukmanul hakim  -  Cucu
  6. Mastura    -   Anak perempuan
  7. Jailani  -  Anak saudara
  8. Ustaz Azhari   -  Rakan masjid
  9. Pak samad  -  Jiran paling rapat
  10. Dato Halim  -  Ketua di pejabat  
PENCERAMAH: "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."
  1. Abu kassim  - Bapa
  2. Suraya  -  Isteri
  3. Dr Razman   -  Anak lelaki
  4. Siti sarah  -  Adik perempuan
  5. Lukmanul hakim  -  Cucu
  6. Mastura    -   Anak perempuan
  7. Jailani  -  Anak saudara
  8. Ustaz Azhari   -  Rakan masjid
  9. Pak samad  -  Jiran paling rapat
  10. Dato Halim  -  Ketua di pejabat  
PENCERAMAH: “Hapus 2 nama lagi...”

Maka tinggal 3 nama, iaitu nama bapa, isteri dan anak lelakinya.
  1. Abu kassim  - Bapa
  2. Suraya  -  Isteri
  3. Dr Razman   -  Anak lelaki
Suasana dewan menjadi hening, mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba PENCERAMAH berkata: “Silakan padam 1 nama lagi!” 
Lelaki itu dengan perlahan-lahan mengambil keputusan yang sulit dan menghapus nama bapanya.

  1. Abu kassim  - Bapa
  2. Suraya  -  Isteri
  3. Dr Razman   -  Anak lelaki
PENCERAMAH: "Silakan pilih 1 nama lagi!"
Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat kapur dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.
  1. Abu kassim  - Bapa
  2. Suraya  -  Isteri
  3. Dr Razman   -  Anak lelaki

Setelah suasana tenang, PENCERAMAH bertanya kepada lelaki itu, "kenapa kamu tidak memilih bapamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, 
kamu tidak juga memilih anak lelaki dari darah daging kamu sendiri, sedangkan isteri itu dapat kau cari lagi?"

Semua orang di dalam dewan tersebut terpaku menunggu jawapan dari lelaki tersebut, lalu lelaki itu menjawab:”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Bapa dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”



Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas.