Thursday, October 23, 2014

MUHAMMAD ALI


Sebut aje nama MUHAMMAD ALI, semua lapisan masyarakat pada zaman awal 70an mengenali dan meminati peninju Islam berkulit hitam ini. Tidak hairanlah, jika ada siaran langsung perlawanan Tinju Kejohanan Dunia di TV hitam putih ketika itu, satu sekolah akan diberi peluang menyaksikannya.

Bayangkan, Guru Besar akan mengumumkan waktu siaran dan membenarkan seluruh kakitangan dan murid sekolah meninggalkan kelas menuju ke dewan atau mana-mana bilik darjah yang lebih besar untuk sama-sama menyaksikannya. Selalunya, murid lelaki lebih berminat, manakala yang perempuan pula dibenarkan berada di kantin untuk sepanjang perlawanan.

Begitulah penangan Muhammad Ali, bekas juara dunia 3 kali yang mempertahankan kejuaraannya selama beberapa ketika. Selain handal di gelanggang, dia juga kaya dengan keletah dan petah berbicara, membuatkan begitu ramai yang meminatinya.

Sekarang ini, khabarnya, Muhammad Ali sedang nazak kerana menderita penyakit Parkinson. Sama-samalah kita doakan kesejahteraannya… Ameeen.

sumber:FB

--------------------------------------------------------------------------------------
Muhammad Ali dan Family: Rahman Ali (adik), Odessa Grady Clay (ibu) dan Cassius Clay Sr (bapa)

Foto 1974

Perlawanan diantara MUHAMMAD ALI dan JOE BUGNER pada 30 Jun 1975 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, Malaysia.

  





Muhamad Ali menitis air mata dapat jumpa bekas gurunya Ms Carter, Guru yang mengajar beliau ketika berusia berusia 8 tahun. 
  



Muhammad Ali dijemput khas dalam satu program televisyen Britain, MUHAMMAD ALI - 'THIS IS YOU LIFE' pada Disember 1978.

No comments: