Saturday, November 22, 2014

BUAT CIKGU CIKGI SELURUH MALAYSIA...

Esok sekolah mula cuti....
Ayam itik ..lembu mula dibeli...
Untuk buat lauk kenduri..
Kenduri kahwin atau masuk  jawi...  

Esok sekolah mula cuti...
Rilek skejap kerja cikgu cikgi...
Dapat berehat serta menziarahi..
sanak  saudara di sana sini

Esok.sekolah mula cuti..
Budak sekolah paling suka sekali...
Dapat bermain petang pagi..
Tak buat kerja sekolah yg cgu beri....

Esok sekolah mula cuti...
Ramai yang bekwoh dan kenduri...
Ada yg dapat bini atau suami...
Kawen lewat ada yg kesali..

Esok sekolah mula cuti..
Hok nilah sedap sekali..
Bawok anok jale luar negeri..
G makan angin dan joli..

Esok sekolah mula cuti..
Gaji.nov.lambat lagi...
Duit hok ado cukup pakai 2 hari...
Duit dalam bank dah tadak baki...

Esok sekolah mula cuti...
Kene buat persiapan sekolah.bulan januari....
Harapkan bonus huhhh stengah bulan gaji..
Beli gotu goni pade lekat celah gigi...

Esok sekolah mula cuti....
Sokmo sokmo lah lagu ni...
Moga moga.ada inovasi..
Tahun depan yg kan dihadapi...

Selamat Bercuti.
gi masjid dan surau  sucikan hati.



Cg  Zainudin Yusof
wassup - 22-11-14

Sunday, November 9, 2014

cara2 mengelak FB rakan2 di Hack

Sudah dua kali saya menghantar mesej kepada rakan Facebook saya melalui inbox message memaklumkan bahawa timeline nya ada di postkan gambar-gambar lucah. Sememangnya mereka tidak sedar dan tahu bahawa gambar lucah itu telah terpampang di wall kita dan rakan-rakannya yang lain. 

Keadaan ini semakin menjadi-jadi dan ramai yang telah terkena serangan virus ini.Ia amat membahayakan kerana ia boleh menimbulkan salah faham atau fitnah yang boleh merosakkan hubungan kita dengan rakan-rakan facebook yang lain atau pun mungkin ada ahli keluarga kita yang beranggapan kitalah yang post kan ataupun Like gambar lucah tersebut. 

Disini ingin saya berkongsi cara-cara untuk mengelak akaun facebook rakan-rakan semua dari di Hack atau dibolosi oleh penghantar gambar lucah yang menggunakan akaun facebook rakan-rakan semua. Inilah langkah yang telah saya lakukan apabila akaun facebook saya di Hack beberapa hari yang lalu. Terima kasih kepada Datin Elani dan Pn.Maimum ismail yang cakna dan cepat memberitahu saya apabila mereka mendapati akaun facebook saya di hack.



  1. Ke akaun pada sebelah kanan atas Facebook
  2. Ke tetapan akaun (account settings)
  3. Pergi ke Apps.
  4. Klik Enable --> disable (Off kan platfom).



Saturday, November 8, 2014

Tahniah Kepada Semua Graduan IPT 2014


Sekalung tahniah kepada rakan2 grup smkkota 74-78 diatas kejayaan anak2 memperolehi ijazah/diploma pada tahun ini. Sokongan dan dorongan yang telah diberikan kepada anak-anak kita inilah menjadikan mereka berjaya melakar sejarah peribadi dalam hidup mereka. Tahniah diucapkan kepada anak2 semua di atas kegigihan dan kesabaran sepanjang mengharungi pengajian dan kejayaan menamatkan pengajian.

Tahniah... Ikhwan
Saya dan keluarga juga berkesempatan menghadhiri konvokesyen anak kedua kami, Muhamad Ikhwan di USM Penang pada 7 Nov 2014. Sepanjang beberapa jam saya berada di perkarangan Dewan Tuanku Syed Putra, USM Pulau Pinang, apa yang dapat saya perhatikan…. semua ibubapa dan sanak saudara yang turut hadhir pada majlis konvokesyen tersebut terpancar wajah riang gembira meraikan kejayaan anak2 maupun ahli keluarga mereka. Mereka semua bergembira meraikan kejayaan dalam suasana yang penuh ceria walaupun berlatarbelakang kehidupan yang berbeza.

Tahniah Nabela..tahniah juga 
buat Nooreha dan suami
Sebagai ibubapa, kami tidak meminta balasan. Apa yang kami lakukan hanyalah menunaikan kewajipan iaitu mendidik anak dengan ilmu dunia dan ilmu akhirat. Hati kami sudah cukup terhibur setiap kali apabila anak2 berjaya  menamatkan pengajian, satu lagi  yang amat kami harapkan hanyalah kebahagiaan anak-anak, meneruskan kehidupan di landasan yang diredhai Allah.


Kepada anak2 semua, bersedialah menghadapi cabaran mendatang dalam kehidupan dengan ilmu dan pengalaman yang dibekalkan oleh kedua2 ibubapa, guru2, pensyarah2. Hormatilah mereka sepanjang masa semoga beroleh keberkatan dalam kehidupan dunia maupun akhirat.


Tahniah... Dr Muhammad Fakhrullah. 

Tahniah Hasmah, suami dan anak
Tahniah buat Rauma dan anak..

Tahniah Wan Nor Asiah dan family

Tahniah.. Kak Jae atas kejayaan anak

Tahniah Ong Hock Fat dan family

Sumber: FB