Wednesday, December 30, 2015

Mini Reunion SRJK /SMK Kota


Terima kasih Cikgu Ainun Rosnani kerana menjemput kami dalam satu majlis kesyukuran untuk meraikan anaknya yang  yang cemerlang dalam PT3, anaknya mendapat 9A dan 1B yang keputusannya diumumkan minggu lepas.

Tetamu yang dijemput terdiri dari bekas Pelajar SRJK (Ing) Kota dan Bekas pelajar SMK Kota. Majlis ini diadakan di rumah Aziz Awang, admin Grup SMK Kota 1974-78, seorang usahawan batik yang kreatif dan telah menjelajah
beberapa buah negara memperkenalan seni reka batik malaysia. 


Majlis menjadi lebih meriah dengan kehadhiran Cikgu Rashid Ab Rahman iaitu guru yang mengajar kami masa kami darjah 1 di SRJK Kota pada tahun 1968. 
Cikgu rashid memulakan kerjayanya sebagai guru di sekolah ini pada usia 23 tahun,  pada masa itu  umur  kami baru 7 tahun. Setelah lebih 40 tahun kami ditemukan kembali dalam suasana yang agak berbeza. Cikgu rashid ternyata awet muda, masih segak dan bergaya seperti masa mula-mula kami mengenalinya dulu berbanding dengan sebahagian dari kami termasuk ambo sendiri yang kelihatan lebih berumur sedangkan beza usia kami dalam 16 tahun. 


Walaupun sudah lebih 40 tahun, bangunan
 lama SRJK Kota tetap utuh dan masih 
boleh digunakan sampai hari ini

Kami disajikan nasi Komok atau Khao Mok Gai dalam bahasa thai iaitu menu yang begitu popular di selatan Thai. Saya  juga turut sama menikmati menu istimewa ini yang masak sendiri oleh Chef Ainun yang juga seorang guru dan dibantu oleh anak-anak beliau. 

Chef Ainun mahir dalam masakan thai dan kediamannya pula di Rantau Panjang (sempadan Thai) memudahkan beliau mendapatkan bahan-bahan untuk pelbagai jenis masakan. Keenakan dan keunikan Nasi Komok begitu menyelerakan tekak saya dan ramai yang menyukainya.  Selain itu, kami turut dihidangkan dengan nasi dagang, kek dan banyak lagi juadah yang begitu menyelerakan.

Saya juga sempat menyalin resepi Nasi komok dari Chef Ainun untuk dikongsikan oleh rakan-rakan Grup SMK Kota 1974-78:

NASI KOMOK - Chef Ainun Rosnani 

BAHAN-BAHAN: 

  1. 5 cawan beras basmathi
  2. 4 sudu minyak sapi
  3. 4-5 ulas bawang merah* 
  4. 1 Inci halia* 
  5. 4 Ulas bawang putih* 
  6. 3 batang akar ketumbar 
  7. 2-3 Sudu rempah komok 
  8. 200 ml susu cair 
  9. 1 ekor ayam 
  10. 8 cawan air 
  11. garam secukup rasa 
  12. Rempah penumis.

 

CARA MEMASAK: 

  1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja) 
  2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar. 
  3. Hiris nipis bahan bertanda * 
  4. Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau. 
  5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar. 
  6. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak. 
  7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit. Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri. 
  8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili. 
  9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa. 
  10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup  dan biarkan ia masak.

 

BAHAN SOS CILI:

  • 1 Cawan air kuah nasi komok* 
  • 6 biji cili merah* 
  • 2 Ulas bawang putih* 
  • 4 tangkai daun ketumbar* 
  • gula, garam ,cuka (secukup rasa) 

 

CARA MENYEDIAKAN: 

  • Kisar semua bahan bertanda *. 
  • Masak hingga agak pekat. 
  • Perasakan ia dengan garam, gula jika ada guna  nisan kerek dan cuka atau limau nipis secukup rasa. 
  • siap untuk dihidang.                                                








  

  
 
                                     
 



Foto Kenangan SRJK Ing. Kota (1968-73)



Sunday, December 27, 2015

Kunjungan Ke Rumah Cikgu Hasnah - Kg Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor

27.12.2015 (ahad) rakan2 SMK Kota 1974-78 bertandang pula ke rumah cikgu Hasnah di kg Sungai Ramal Dalam, Kajang Selangor. Cg Hasnah yg pernah mengajar kami masa tingkatan 1 & 2 di SMK Kota dulu.

Terima kasih pada cikgu Hasnah kerana sudi menerima kunjungan kami, begitu juga pada rakan-rakan yang turut sama meluangkan masa menziarahi cikgu tadi. 

Wan Rohani, walaupun tak sihat tapi kuat semangat.. antara yang awal sampai bersama suami. Tn Hj Azahari pula datang solo. Abdullah Nawi@Man datang bersama isteri dan anak. Wan Zone juga datang ditemani anak-anak. Saya macam biasa sampai bersama penunjuk arah iaitu kak ngah dan aina. 

Jea, suami dan anak kebetulan berada disini sempat singgah sebelum balik Rompin.....Jea dan family sampai bila kami semua leka menikmati keenakan satay kajang.... semoga Jea dan family selamat dalam perjalanan balik ke Rompin. 

Menggamit memori waktu persekolahan dulu. masih terbayang kenangan manis sewaktu cikgu mengajar kami dulu. Wajah cikgu tak banyak berubah....tapi.. kami anak-anak murid yang jelas berubah fizikal...terasa seolah-olah cikgu macam sebaya dengan kami jer..kami yg semakin tua atau cikgu yg awet muda???


print screen dari Facebook Cg Fatimah Shaerah







Elani
😄

😄
😄

Friday, December 25, 2015

Tahniah Skuad Jejak Kasih SMK Kota..

Pada hari ini 26.12.2015 (sabtu), satu lagi khabar gembira yang ingin saya kongsikan disini. Skuad Jejak Kasih SMK Kota telah menemukan 2 orang lagi guru kesayangan kami. Cikgu Fatimah Shaerah dan cikgu Nik Rosnah yang sekian lama terpisah dan hari ini telah dapat kami jejaki. 

Terima kasih kepada Skuad Jejak Kasih SMK Kota. Skuad jejak Kasih yang dibentuk oleh Tan Kim Eng, sememangnya layak dan berhak mendapat pujian diatas kecemerlangan mereka. Misi mereka amat jelas untuk terus komited dalam usaha menjejaki seramai mungkin bekas guru dan juga murid SMK Kota 1974-78.

Bergambar bersama skuad Jejak Kasih SMK Kota
cikgu Fatimah Shaerah berpakaian serba biru.

Dari Kiri: Tan, Noraini, cikgu Nik Rosnah,
Nooreha dan Nik Zainun


Saya muatkan sekeping foto guru kami semasa mereka mengajar di SMK Kota pada tahun 1970an. Foto ini yang saya perolehi dari Datin Elani, rakan yang aktif dalam grup dan juga pencetus idea penubuhan Grup SMK Kota 1974-78. 

Cg Fatimah Shaerah sekarang ini tinggal di Jalan Seri Cemerlang Kota Bharu manakala cg Nik Rosnah tinggal di Jalan Dato Lundang. Cg Zainab dan cg Hasnah pula dikhabarkan menetap di Kajang, Selangor. Mereka berdua juga sudah ada dalam radar Skuad Jejak Kasih. Rumah mereka juga akan diziarahi oleh Elani, Wan Zone dan rakan SMK Kota yang bermastautin di Selangor.
Berdiri dari kiri: cg Nik Rosnah,
cg Hasnah, cg Fatimah Shaerah
dan yang duduk tu cg Zainab

Tuesday, December 22, 2015

Kunjungan Ke Rumah Cikgu Zaharah - Pasir Hor.

Copy paste dari facebook Elani:
22.12.2015...Tumpang happy dari kejauhan bila melihat teman-teman persekolahan yang sepakat meluangkan masa menziarahi Cikgu Zaharah, cikgu yang pernah mengajar kami subjek Sejarah. Hubungan kami terputus hampir 40 tahun yg lalu. Kini kami dipertemukan kembali dalam keadaan yang jauh berbeza.....Cikgu agak kurang sihat namun masih mampu mengingati kenangan manis semasa beliau mengajar kami di SMK kota dulu. Walau masih samar untuk mengingati wajah-wajah kami semua yang datang berkunjung tadi...

Terima kasih buat cikgu Zaharah,.....kami sayang cikgu . 
juga pada cikgu Ha,Ummie, Aziz, Noraini & cg Zainal dan juga Sayuti. Semoga ikatan ukhwah yang terjalin antara kita semua akan terus berpanjangan..





Sunday, November 29, 2015

Majlis Perjumpaan Dan Ramah Mesra Di Rumah Cikgu Pa/Cikgu Norahani (Wakaf Che Yeh)

Tanggal 27.11.2015 merupakan tarikh keramat buat kami group SMK 1974-1978 kerana pada tarikh itu kami telah dipertemukan dalam satu majlis perjumpaan dan beramah mesra dengan rakan taulan serta guru-guru yang telah lama terpisah dan terputus hubungan lebih dari 37 tahun. Kami berjumpa dalam satu majlis yang sangat meriah dan penuh harmoni di Kampung Wakaf Che Yeh iaitu di kediaman cikgu Hj Mustapha Hj Zakaria dan cikgu Hajah Norahani Hj Muhamad. Mereka berdua mengajar kami di SMK Kota pada tahun 1974-75.






Pertama sekali saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan berbanyak terima kasih khas buat Cikgu Pa dan Cg Norahani yg telah berbesar hati memberi ruang dirumah mereka untuk kami semua menyambung kembali hubungan silaturahim yang terputus sekian lama.

Terima kasih yang tak terhingga kpd guru-guru kami iaitu cg Hasnah, cg Anisah, cg Rahimah, cg Sapinah,cg Syarifah Alawiah, cg Karimah,cg Mek Yam dan cg Nordin yang turut hadhir bagi memeriahkan majlis kita itu. Merekalah yang banyak membantu kami semasa kami menjadi anak didik mereka di SMK Kota. Sejujurnya kami akui tanpa mereka siapalah kami pada ketika ini.

Sekalung ucapan terima kasih juga kapada rakan-rakan yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis keramat ini terutama Ab Aziz Awang, Saniah Awang, Rohana Ismail, Tan Kim Eng, Nik Zainun, Saripah Abd Majid dan ramai lagi yang banyak membantu untuk menjayakan majlis tersebut.

Pada rakan-rakan (Malay Medium n English Medium) yang telah hadir dan membawa buah tangan diucapkan ribuan terima kasih kerana kalianlah yg telah menyerikan majlis tersebut malah menjadikan lebih meriah.

Kepada Tan,Nik Zainun,Aziz Awang dan Nazula yg telah menghulur sumbangan buah tangan kepada guru-guru diucapkan ribuan terima kasih.

Kepada rakan-rakan dan guru-guru yang tak dapat hadhir pada majlis kali ini mungkin kita berpeluang untuk berjumpa pada majlis yang sebegini pada masa akan datang....InsyaAllah.

Sesungguhnya jasa mereka kita tidak mungkin terdaya untuk  kita balas walau sekuat mana pun kita berusaha. 

Mari kita sama-sama panjatkan doa ke hadrat Allah SWT sebagai tanda kita mengasihi dan dan mengharapkan keredhaan Allah ke atas diri mereka:

Ya Allah, 
Kau ampunkan segala dosa-dosa kami Ya Allah. 
Kau ampunkan dosa kedua-dua ibubapa kami Ya Allah
Kau ampunkan segala dosa guru-guru kami Ya Allah.

Ya Allah, 
Kau berikan kesejahteraan dan keberkatan hidup kepada mereka yang pernah mengajar kami walau di mana-mana saja mereka berada.

Ya Allah, 
Kau tempatkan roh guru-guru kami yang terlebih dulu meninggalkan kami bersama-sama orang-orang yang beriman. 

Dan Kau kurniakanlah kepada kami, kedua-dua ibubapa kami dan semua guru-guru kami dengan sebaik-baik ganjaran.


Amin.



Catatan dari facebook Nik Zurainah.

Friday, July 17, 2015

Foto Keluarga Grup SMKKOTA 1974-78 Pada Pagi Syawal 1436H

Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua rakan smkkota1974-78 dan seluruh umat Islam.

Kami mendoakan agar syawal kali ini membawa lebih banyak keberkatan, kegembiraan dan kenangan indah buat kita semua, semoga sinar kebahagiaan akan sentiasa mengiringi kita semua sepanjang tahun ini.





Rokiah Mohd Sidik - Salam Aidilfitri
dari kota London, maaf zahir dan batin
dari saya, zul dan keluarga

Nooreha Aziz - Selamat Hari Raya,
maaf Zahir Batin..dari kami sekeluarga
Wan Zone Wan Ariffin - Selamat Hari Raya,
 maaf Zahir & Batin. Syukur Alhamdulillah 
pada aidilfitri kali ini saya sempat mengunjungi 
kawan kita Abdullah Nawi di Bangsar. 
Rosnani Maideen - Dari jauh ku pohon 
ampun dan maaf semoga eidul fitri kali 
ini member seribu kegembiraan 
bersama keluarga, Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir Dan Batin



Elani Ab Kadir - Salam Aidilfitri untuk 
semua rakan-rakan grup SMK Kota

Fatimah Che Isa - Selamat Hari Raya Aidilfitri
maaf zahir & batin dari saya dan
 juga keluarga





Dikesempatan ini saya memohon kemaafan dari rakan-rakan semua kerana telah mengambil foto drpd grup wassup/facebook sebagai bahan blog ini tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu. 

Sempena dengan Aidilfitri yang mulia ini sama-samalah kita menghidupkan kembali budaya ziarah-menziarahi yang semakin dilupakan, mudah-mudahan amalan ini akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama kita dan pastinya akan memberi keberkatan dalam kehidupan kita.

Salam Aidilfitri buat semua.. semoga ceria sokmo.

Monday, June 22, 2015

Siapa ayah..?

Gambar hiasan

Salam...buat semua ayah..
Berbahagialah dan bergembiralah menjadi seorang ayah....

Bila kesihatan mak tak menentu ketika mengandungkan anak, ayah menemani mak...ayah tak kisah

Bila mak beranak, ayah jaga mak, ayah memasak sambil jaga anak yg lain...ayah tak kisah

Bila anak nangis, mak marah anak, ayah marah balik mak, mak pergi pujuk anak...ayah tak kisah

Bila dapat gaji, ayah bagi duit kat mak utk cukupkan belanja...ayah tak kisah.

Bila baju sekolah atau pakaian harian dah buruk, ayah suruh mak beli baju baru, sedang baju ayah sendiri dah lusuh, seluar dalamnya dah tetas...ayah tak kisah..

Bila ayah lepaskan anaknya utk berkahwin, tiada yg tanya perasaan ayah yg menangis dihati melepaskan anak yg dia sayang dan kaseh...ayah tak kisah

Bila anak peluk mak, tunjukkan sayang pada mak, ayah pendam rasa...ayah tak kisah.

Bila dah lama anak tak datang menjenguk... ayah menghitung hari..di suruhnya mak menelefon anaknya bertanya khabar....                     

Bila anak nak balik ayah ingatkan mak makanan kegemaran anak, masakan mak dapat pujian...ayah tak kisah

Bila cikgu minta yuran, ayah terpaksa kerja kebih masa,...ayah tak kisah

Bila anak telefon mak... cakap rindu kat mak... sikit pun tak tanya tentang ayah.... ayah jadi sedih dan menahan sebak.......itu pun ayah tak kisah.

Begitulah pengorbanan seorang ayah. 

Dia tak kisah bajunya carik.... 

dia tak kisah badannya letih..... 

dia tak kisah jika tiada siapa yg merinduinya. 

Ayah juga tak kisah jika semua pujian ditujukan pada mak...kerana yang dia kisah...agar anaknya membesar dgn baik, baik budi pekerti dan cantik akhlaknya. 

Ayah curahkan segala kudrat yang ada agar keluarganya hidup lebih sempurna. Seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak kerana ayah tak mahu anak-anaknya merasa keperitan dalam hidup sepertinya. 

Tuesday, June 16, 2015

Aku Insan Terpilih



Telah ku buka pintu itu,
Lalu ku renung pada alam
dan alam tersenyum
merenungku kembali.
Angin menyapa lembut,
Lalu ku
berbisik pada angin,
tentang rasa rindu
pada insan2 yg penah menyanyangi dan disayangi.


Telah ku nyatakan pada hati..
Jangan mengharap
apa apa yg tk pasti...
Aku semakin takut
pada harapan yang kelam.
Namun, setelah ku buka pintu itu,
Aku rela dibawa berlari...
Setelah sekian lama aku terbang bersama angin,
Aku rela di telan derita
setelah sekian lama dimamah sepi.
Kerana setelah ku buka pintu itu,
semangat menjadi saksi,
pada kuatnya hati,
Menahan amarah diri,
pada segala kekurangan,
Ku tetap berdiri sendiri.
dan aku semakin pasti
aku insan terpilih.

Nukilan: Rahana ismail

Monday, June 15, 2015

Ku Tetap Berdiri Sendiri.


Telah ku buka pintu itu,
Lalu ku renung pada alam
dan alam tersenyum
merenungku kembali.
Angin menyapa lembut,
Lalu aku..........
berbisik pada angin,
tentang rasa rindu
pada insan2 yg penah menyanyangi dan disayangi.

Telah ku nyatakan pada hati..
Jangan mengharap
apa apa yang tak pasti...
Aku semakin takut
pada harapan yang kelam.

Namun, setelah ku buka pintu itu,
Aku rela dibawa berlari...
Setelah sekian lama aku terbang bersama angin,
Aku rela di telan derita
setelah sekian lama dimamah sepi....

Kerana setelah ku buka pintu itu,
semangat menjadi saksi,
pada kuatnya hati,
Menahan amarah diri,
pada segala kekurangan,
Ku tetap berdiri sendiri.
dan aku semakin pasti
aku insan terpilih.



Nukilan rasa:
Rahana Ismail
15 Jun 2015

Friday, June 12, 2015

REUNION SMKKOTA 1974-78 - PERTEMUAN UNTUK MENGIMBAU KEMBALI KENANGAN ZAMAN PERSEKOLAHAN


Kalungan bunga buat Ab Aziz Awang, Tuan Elani, Malini, Tan Kim Eng, Rohana, Zainuddin Yusof, Roseli Zin, Roseli Salleh kerana merekalah yang banyak membantu dan mengatur beberapa pertemuan sehingga berjaya mempertemukan kembali rakan-rakan Sekolah Menengah Kota (1974-78) dan merapatkan semula ukhuwah sesama kami. Jalinan ukhwah ini bermula sejak adanya laman sosial FB dan meluasnya penggunaan telefon pintar. 

Kenangan zaman persekolahan memang menjadi nostalgia. Segala kenangan pahit dan manis yang pernah kita lalui akan tetap akan menjadi kenangan terindah. Di situlah kita belajar berkawan dan bergaul dengan rakan-rakan lain selain dari ahli keluarga sendiri. Ada juga antara kami yang saling tidak mengenali antara satu sama lain dan terpaksa memperkenalkan diri semula dan mengingati semula gelagat dan insiden yang boleh membantu mengingatkan semula siapa diri masing-masing...maklumlah setelah sekian lama tidak pernah berjumpa, dan sekarang sudah masuk era 50an banyak berubah dari segi fizikal dan penampilan diri serta raut wajah yang semakin dimamah usia. 

Walaupun masing-masing sudah berkeluarga malah ada yang mempunyai cucu, kami sangat seronok berjumpa dan mengimbau kenangan pada zaman persekolahan dulu. Syukur Alhamdulillah, pada usia yang senja ini kita masih diberi peluang untuk bersua kembali dengan rakan-rakan semasa dialam persekolahan dulu iaitu ketika usia kami belasan tahun. Pertemuan demi pertemuan diatur dan beberapa foto dipaparkan seperti berikut sebagai bukti pertemuan kami.






























































































Kenangan terindah bersama rakan-rakan akan tetap terpahat di hati dan tak mungkin pudar dek putaran waktu. Biarlah kita semua berkawan ibarat bintang-bintang dilangit.. walaupun tidak selalunya kelihatan namun persahabatan tetap kekal disanubari.