Friday, February 13, 2015

Perginya Seorang Ulamak, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat


Selepas kematiannya.. Barulah tersebar akan kebaikannya, kehebatannya, kekuatannya dan segala jasanya untuk rakyat Kelantan dan Malaysia. Jika sebelum ini seakan dinafikan namun kini telah membuka mata semua pihak di luar sana. Media arus perdana juga kini menyajikan berita yang baik-baik untuknya. Tok Guru Nik Aziz merupakan ikon melayu yang tersenarai di antara 50 Pemimpin Islam Paling Berpengaruh Didunia. Tok Guru Nik Aziz  berada di tangga ke 42 manakala Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah berada di tangga ke 24.(http://thebook.org/files/500.pdf)

Tok Guru Nik Aziz, seorang pemimpin Islam yang tegas dan disayangi rakyat kelantan. Walaupun dilihat tegas dalam mempertahankan kesucian Islam, Allahyarham juga memperlihatkan sikap toleransi terhadap kaum lain dan membenarkan semua etnik di Kelantan bebas mengamalkan budaya dan agama masing-masing. 

                       

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu tidak berpagar malah tiada pengawal keselamatan. Ruang tamunya pula tidak dihiasi dengan pelbagai perhiasan atau perabut mewah sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar-pembesar negeri. Apa yang ada cuma sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.


Biografi Tok Guru Nik Aziz:

                      

 

Dalam kesibukannya sebagai Menteri Besar yang sering menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tok Guru Nik Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad (Bangunan PAS) yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu. Ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati. Sepanjang hidupnya Tok Guru banyak menghabiskan usianya berjuang menegakkan Al- Quran dan Sunnah Rasulullah.




Bersemadilah dengan tenang Tok Guru... untuk mengadap Pencipta yang Maha Agong.... meninggalkan kami buat selama-lamanya. Setiap jiwa yang hidup pasti akan merasai kehilanganmu...Sesungguhnya Kehadiranmu banyak membawa kebaikan kepada ummah....... Tok Guru Nik Aziz Dalam Tinta Kenangan


Tribute Untuk Tok Guru Nik Aziz: 

                      

                      



Sumber: YouTube