Friday, June 12, 2015

REUNION SMKKOTA 1974-78 - PERTEMUAN UNTUK MENGIMBAU KEMBALI KENANGAN ZAMAN PERSEKOLAHAN


Kalungan bunga buat Ab Aziz Awang, Tuan Elani, Malini, Tan Kim Eng, Rohana, Zainuddin Yusof, Roseli Zin, Roseli Salleh kerana merekalah yang banyak membantu dan mengatur beberapa pertemuan sehingga berjaya mempertemukan kembali rakan-rakan Sekolah Menengah Kota (1974-78) dan merapatkan semula ukhuwah sesama kami. Jalinan ukhwah ini bermula sejak adanya laman sosial FB dan meluasnya penggunaan telefon pintar. 

Kenangan zaman persekolahan memang menjadi nostalgia. Segala kenangan pahit dan manis yang pernah kita lalui akan tetap akan menjadi kenangan terindah. Di situlah kita belajar berkawan dan bergaul dengan rakan-rakan lain selain dari ahli keluarga sendiri. Ada juga antara kami yang saling tidak mengenali antara satu sama lain dan terpaksa memperkenalkan diri semula dan mengingati semula gelagat dan insiden yang boleh membantu mengingatkan semula siapa diri masing-masing...maklumlah setelah sekian lama tidak pernah berjumpa, dan sekarang sudah masuk era 50an banyak berubah dari segi fizikal dan penampilan diri serta raut wajah yang semakin dimamah usia. 

Walaupun masing-masing sudah berkeluarga malah ada yang mempunyai cucu, kami sangat seronok berjumpa dan mengimbau kenangan pada zaman persekolahan dulu. Syukur Alhamdulillah, pada usia yang senja ini kita masih diberi peluang untuk bersua kembali dengan rakan-rakan semasa dialam persekolahan dulu iaitu ketika usia kami belasan tahun. Pertemuan demi pertemuan diatur dan beberapa foto dipaparkan seperti berikut sebagai bukti pertemuan kami.






























































































Kenangan terindah bersama rakan-rakan akan tetap terpahat di hati dan tak mungkin pudar dek putaran waktu. Biarlah kita semua berkawan ibarat bintang-bintang dilangit.. walaupun tidak selalunya kelihatan namun persahabatan tetap kekal disanubari. 

No comments: