Wednesday, December 30, 2015

Mini Reunion SRJK /SMK Kota


Terima kasih Cikgu Ainun Rosnani kerana menjemput kami dalam satu majlis kesyukuran untuk meraikan anaknya yang  yang cemerlang dalam PT3, anaknya mendapat 9A dan 1B yang keputusannya diumumkan minggu lepas.

Tetamu yang dijemput terdiri dari bekas Pelajar SRJK (Ing) Kota dan Bekas pelajar SMK Kota. Majlis ini diadakan di rumah Aziz Awang, admin Grup SMK Kota 1974-78, seorang usahawan batik yang kreatif dan telah menjelajah
beberapa buah negara memperkenalan seni reka batik malaysia. 


Majlis menjadi lebih meriah dengan kehadhiran Cikgu Rashid Ab Rahman iaitu guru yang mengajar kami masa kami darjah 1 di SRJK Kota pada tahun 1968. 
Cikgu rashid memulakan kerjayanya sebagai guru di sekolah ini pada usia 23 tahun,  pada masa itu  umur  kami baru 7 tahun. Setelah lebih 40 tahun kami ditemukan kembali dalam suasana yang agak berbeza. Cikgu rashid ternyata awet muda, masih segak dan bergaya seperti masa mula-mula kami mengenalinya dulu berbanding dengan sebahagian dari kami termasuk ambo sendiri yang kelihatan lebih berumur sedangkan beza usia kami dalam 16 tahun. 


Walaupun sudah lebih 40 tahun, bangunan
 lama SRJK Kota tetap utuh dan masih 
boleh digunakan sampai hari ini

Kami disajikan nasi Komok atau Khao Mok Gai dalam bahasa thai iaitu menu yang begitu popular di selatan Thai. Saya  juga turut sama menikmati menu istimewa ini yang masak sendiri oleh Chef Ainun yang juga seorang guru dan dibantu oleh anak-anak beliau. 

Chef Ainun mahir dalam masakan thai dan kediamannya pula di Rantau Panjang (sempadan Thai) memudahkan beliau mendapatkan bahan-bahan untuk pelbagai jenis masakan. Keenakan dan keunikan Nasi Komok begitu menyelerakan tekak saya dan ramai yang menyukainya.  Selain itu, kami turut dihidangkan dengan nasi dagang, kek dan banyak lagi juadah yang begitu menyelerakan.

Saya juga sempat menyalin resepi Nasi komok dari Chef Ainun untuk dikongsikan oleh rakan-rakan Grup SMK Kota 1974-78:

NASI KOMOK - Chef Ainun Rosnani 

BAHAN-BAHAN: 

  1. 5 cawan beras basmathi
  2. 4 sudu minyak sapi
  3. 4-5 ulas bawang merah* 
  4. 1 Inci halia* 
  5. 4 Ulas bawang putih* 
  6. 3 batang akar ketumbar 
  7. 2-3 Sudu rempah komok 
  8. 200 ml susu cair 
  9. 1 ekor ayam 
  10. 8 cawan air 
  11. garam secukup rasa 
  12. Rempah penumis.

 

CARA MEMASAK: 

  1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja) 
  2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar. 
  3. Hiris nipis bahan bertanda * 
  4. Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau. 
  5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar. 
  6. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak. 
  7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit. Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri. 
  8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili. 
  9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa. 
  10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup  dan biarkan ia masak.

 

BAHAN SOS CILI:

  • 1 Cawan air kuah nasi komok* 
  • 6 biji cili merah* 
  • 2 Ulas bawang putih* 
  • 4 tangkai daun ketumbar* 
  • gula, garam ,cuka (secukup rasa) 

 

CARA MENYEDIAKAN: 

  • Kisar semua bahan bertanda *. 
  • Masak hingga agak pekat. 
  • Perasakan ia dengan garam, gula jika ada guna  nisan kerek dan cuka atau limau nipis secukup rasa. 
  • siap untuk dihidang.                                                








  

  
 
                                     
 



Foto Kenangan SRJK Ing. Kota (1968-73)



Sunday, December 27, 2015

Kunjungan Ke Rumah Cikgu Hasnah - Kg Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor

27.12.2015 (ahad) rakan2 SMK Kota 1974-78 bertandang pula ke rumah cikgu Hasnah di kg Sungai Ramal Dalam, Kajang Selangor. Cg Hasnah yg pernah mengajar kami masa tingkatan 1 & 2 di SMK Kota dulu.

Terima kasih pada cikgu Hasnah kerana sudi menerima kunjungan kami, begitu juga pada rakan-rakan yang turut sama meluangkan masa menziarahi cikgu tadi. 

Wan Rohani, walaupun tak sihat tapi kuat semangat.. antara yang awal sampai bersama suami. Tn Hj Azahari pula datang solo. Abdullah Nawi@Man datang bersama isteri dan anak. Wan Zone juga datang ditemani anak-anak. Saya macam biasa sampai bersama penunjuk arah iaitu kak ngah dan aina. 

Jea, suami dan anak kebetulan berada disini sempat singgah sebelum balik Rompin.....Jea dan family sampai bila kami semua leka menikmati keenakan satay kajang.... semoga Jea dan family selamat dalam perjalanan balik ke Rompin. 

Menggamit memori waktu persekolahan dulu. masih terbayang kenangan manis sewaktu cikgu mengajar kami dulu. Wajah cikgu tak banyak berubah....tapi.. kami anak-anak murid yang jelas berubah fizikal...terasa seolah-olah cikgu macam sebaya dengan kami jer..kami yg semakin tua atau cikgu yg awet muda???


print screen dari Facebook Cg Fatimah Shaerah







Elani
😄

😄
😄

Friday, December 25, 2015

Tahniah Skuad Jejak Kasih SMK Kota..

Pada hari ini 26.12.2015 (sabtu), satu lagi khabar gembira yang ingin saya kongsikan disini. Skuad Jejak Kasih SMK Kota telah menemukan 2 orang lagi guru kesayangan kami. Cikgu Fatimah Shaerah dan cikgu Nik Rosnah yang sekian lama terpisah dan hari ini telah dapat kami jejaki. 

Terima kasih kepada Skuad Jejak Kasih SMK Kota. Skuad jejak Kasih yang dibentuk oleh Tan Kim Eng, sememangnya layak dan berhak mendapat pujian diatas kecemerlangan mereka. Misi mereka amat jelas untuk terus komited dalam usaha menjejaki seramai mungkin bekas guru dan juga murid SMK Kota 1974-78.

Bergambar bersama skuad Jejak Kasih SMK Kota
cikgu Fatimah Shaerah berpakaian serba biru.

Dari Kiri: Tan, Noraini, cikgu Nik Rosnah,
Nooreha dan Nik Zainun


Saya muatkan sekeping foto guru kami semasa mereka mengajar di SMK Kota pada tahun 1970an. Foto ini yang saya perolehi dari Datin Elani, rakan yang aktif dalam grup dan juga pencetus idea penubuhan Grup SMK Kota 1974-78. 

Cg Fatimah Shaerah sekarang ini tinggal di Jalan Seri Cemerlang Kota Bharu manakala cg Nik Rosnah tinggal di Jalan Dato Lundang. Cg Zainab dan cg Hasnah pula dikhabarkan menetap di Kajang, Selangor. Mereka berdua juga sudah ada dalam radar Skuad Jejak Kasih. Rumah mereka juga akan diziarahi oleh Elani, Wan Zone dan rakan SMK Kota yang bermastautin di Selangor.
Berdiri dari kiri: cg Nik Rosnah,
cg Hasnah, cg Fatimah Shaerah
dan yang duduk tu cg Zainab

Tuesday, December 22, 2015

Kunjungan Ke Rumah Cikgu Zaharah - Pasir Hor.

Copy paste dari facebook Elani:
22.12.2015...Tumpang happy dari kejauhan bila melihat teman-teman persekolahan yang sepakat meluangkan masa menziarahi Cikgu Zaharah, cikgu yang pernah mengajar kami subjek Sejarah. Hubungan kami terputus hampir 40 tahun yg lalu. Kini kami dipertemukan kembali dalam keadaan yang jauh berbeza.....Cikgu agak kurang sihat namun masih mampu mengingati kenangan manis semasa beliau mengajar kami di SMK kota dulu. Walau masih samar untuk mengingati wajah-wajah kami semua yang datang berkunjung tadi...

Terima kasih buat cikgu Zaharah,.....kami sayang cikgu . 
juga pada cikgu Ha,Ummie, Aziz, Noraini & cg Zainal dan juga Sayuti. Semoga ikatan ukhwah yang terjalin antara kita semua akan terus berpanjangan..