Saturday, January 30, 2016

Surat Panggilan Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni SMK Kota

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni SMK Kota kali Pertama Sesi 2016

Tarikh: 02 Febuari 2016 (Selasa)
Masa : 2.15 petang
Tempat : Bilik Wawasan
Wakil Bekas Pelajar Grup 1974-78:
  1.  Puan Kamariah Ali - Mewakili bekas pelajar aliran Melayu.
  2.  Cikgu Zainudin Yusof -  Mewakili bekas pelajar aliran Inggeris.



Sunday, January 17, 2016

Rahana Ismail - Tandakan dalam diari!!!












Tandakan
dalam diari,
Lapan Feb ini,
ada tangan untuk disalami,
ada bahu untuk dipeluk
ada guru untuk di rai,

Tandakan,
dalam diari,
Lapan Feb ini,
jika panas bermandi peluh
jika hujan mengigil sejuk,
namun pasti
akan kita tautkan 
jemari kananku
dan jemari kirimu
semoga hari itu,
murid dan guru
kau dan aku
kembali menhirup kopi ingatan
sambil melapah kenangan.

Tandakan 
dalam diari!!!!                                                                                 


Thursday, January 14, 2016

ALUMNI SMK KOTA

Gambar hiasan


SALAM KEPADA SEMUA BEKAS PELAJAR SMK KOTA…

PIHAK PENGURUSAN SMK KOTA SEDANG MENGUMPUL DATA DAN MAKLUMAT DIRI SEMUA BEKAS PELAJAR SMK KOTA 1965-2015. MOHON RAKAN-RAKAN SEMUA MENGISI BORANG MAKLUMAT ALUMNI UNTUK MEMUDAHKAN JAWATANKUASA ALUMNI SEKOLAH MENGEMASKINI DATA KEAHLIAN.

KERJASAMA DARI SAUDARA-SAUDARI SEKELIAN AMAT DIHARAPKAN DALAM USAHA MEREALISASIKAN PENUBUHAN ALUMNI SEKOLAH SMK KOTA DAN SETERUSNYA MENGADAKAN SAMBUTAN JUBLI EMAS PADA BULAN APRIL 2016.

ANDA BOLEH MENDAFTAR DENGAN MENGISI BORANG PERMOHONAN ALUMNI SMK KOTA SECARA ONLINE: 




TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA.

Tuesday, January 12, 2016

Sajak: Murid Dan Guru

walau,
sejauh mana pun
kaki melangkah,
walau,
selama mana pun...
ditinggalkan masa berlalu,
murid dan guru,
bagai di paku,
pada satu ruang waktu.

sedih diherdik,
bukan kudis dihati kami,
pedih dirotan
bukan parut
untuk di ratapi,


Dan,
walau sesukar mana pun,
walau sejauh mana pun,
masih ada rasa
masih disisip masa
untuk kembali bertemu,
meraih mesra dan tawa

seperti dulu.


Nukilan Rasa: 
Rahana Ismail 
(SMK Kota 1974-78)




Tuesday, January 5, 2016

TAHNIAH KOPERASI SMK KOTA BERHAD



Sekolah Menengah Kebangsaan Kota terletak di Kampung Kota iaitu 6 km dari pusat bandar, Kota Bharu. Mengikut sejarah Kampung Kota mendapat namanya daripada Kota Jelasin - Kota yang telah dibina pada 1663 oleh Raja Abdullah, suami kepada Puteri Saadong. Kota Jelasin merangkumi kawasan Pasar Borong Wakaf Che Yeh, Stesen RTM Kota Bharu, Sekolah Kebangsaan Kota, Sekolah Kebangsaan Seri Kota dan Sekolah Menengah Kota. 

Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Berhad, menjadi salah satu koperasi sekolah terbaik di Kelantan. Koperasi di sekolah ini ditubuhkan pada 31 Januari 1987. 
Bermula dari tarikh penubuhannya, Koperasi ini terus mempamerkan peningkatan yang memberangsangkan. Kecemerlangan ini dibuktikan dengan mendapat penghargaan iaitu pada  peringkat negeri maupun antarbangsa. Di antaranya ialah:  
  1. Anugerah Koperasi 2010
  2. Jualan Teringgi Kebangsaan 2011
  3. Anugerah Koperasi 5 Bintang 2011
  4. Juara Kedua Koperasi Sekolah 2013
  5. Pengurusan koperasi terbaik Kelantan 2013
  6. Anugerah Koperasi Negara 2013 





Pada sidang media selepas melawat koperasi SMK Kubang Kerian, Kota Bharu pada 4 Januari 2016Datuk Kamaruddin Ismail, Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) berkata sehingga bulan Disember 2015, tiga buah sekolah mencapai perolehan RM1 juta hasil jualan peralatan dan kelengkapan sekolah selain menyediakan perkhidmatan fotostat, sewa jubah dan tempat letak kereta guru.

Antara koperasi sekolah yang mencapai kejayaan itu ialah SMK Kota, Kota Bharu Kelantan, Maktab Rendah Sains Mara Kepala Batas, Pulau Pinang dan Maktab Rendah Sains Mara,Tun Ghafar Baba, Melaka.

Syabas kepada semua warga SMK Kota, Kami bekas pelajar SMK Kota amat berbangga atas kejayaan ini. Semoga kecemerlangan  ini  dapat dipertingkatkan lagi demi SMK Kota Yang amat kita sayangi.








Pautan:   www.anazkia.com
           :  http://nurhaizachemat.blogspot.my
           :  http://koleksikelantan.com