Tuesday, February 9, 2016

Reunion SMK Kota 1974-1978 Kali Ketiga - 8hb Feb 2016



Reunion kali ke 3 berjaya diadakan pada hari ini 8 Feb 2016. Seperti tahun lepas majlis ini diadakan di Kediaman Sheikh Azahari Sheikh Ahmad iaitu di Kampung Bunut Payong Kota Bharu, Kelantan.

Majlis kali ini diserikan dengan kehadiran Tuan Pengetua SMK Kota  dan  dua orang guru kesayangan kami, guru yang pernah mengajar kami semasa di SMK Kota 40 tahun yang lalu. Kehadiran Tuan Pengetua Tuan Hj Kamaruddin, Cg Fatimah Shaerah dan Cikgu Hasnah sememangnya menambahkan lagi keceriaan majlis.

Majlis kali ini dapat mengumpulkan lebih 30 orang bekas pelajar. Ramai juga rakan-rakan tak dapat hadhir pada kali ini terutama pelajar tionghua yang menyambut tahun Baru Cina. Ada juga juga rakan yang terpaksa menghadhiri jemputan  kenduri  kahwin pada musim perayaan sebegini. Keadaan jalanraya yang jem juga menghalang mereka memenuhi jemputan kami.




  





   






Majlis berakhir jam 6.30 ptg. Saya bagi pihak AJK Majlis  ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua SMK Kota yang telah sudi meluangkan masa hadhir ke majlis ini, pada sebelah pagi, beliau telah hadhir di satu majlis Reunion SMK Kota Grup '84 di Perdana Resort, Pantai Cinta Berahi Kota Bharu. 

Tak lupa juga kepada idola kesayangan kami cikgu Fatimah Shaerah dan cikgu Hasnah. Jasa dan pengorbanan mereka mendidik dan mengajar kami tak mungkin dapat kami balas. Kepada cikgu Hasnah dan anaknda yang saya kira saat ini masih lagi dalam perjalanan, saya doakan semoga Allah SWT selamatkan perjalanan mereka menuju destinasi. Betapa kuat semangat mereka memandu merentasi ratusan kilometer semata-mata memenuhi undangan kami ke majlis reunion kali ini...seusai saja majlis mereka terus bertolak balek ke kajang Selangor. 

Terima kasih juga kepada Elani, Aziz Awang, Sheikh Azahari dan Tan Kim Eng yang telah berkerja keras untuk menjayakan majlis ini dan juga kepada rakan-rakan yang telah menyumbangkan pelbagai jenis makanan untuk memeriahkan majlis pada kali ini. Dikesempatan ini saya pohon kemaafan atas segala kekurangan sepanjang majlis petang tadi. Saya akhiri catatan ini dengan serangkap pantun khusus buat guru-guru yang banyak berjasa kepada kami semua:

Daun gaharu si daun palas
Alas duduk puteri kayangan
Jasamu guru tak mungkin terbalas
Seumur hidupku jadi kenangan

Terima kasih diucapkan buat semua.