Friday, June 10, 2016

Pengkebumian Muhammad Ali - Jumaat 10 Jun 2016


Dilahirkan di Louisville, Kentucky, pada 17 Januari 1942, dengan nama Cassius Marcellus Clay. Dia kemudian menukar namanya kepada Muhammad Ali sebaik memeluk agama Islam pada tahun 1964. Terkenal dengan gaya menari sambil bertinju, Muhammad Ali peninju pertama menang juara heavyweight dunia sebanyak tiga kali antara tahun 1964 dan 1978.
Legenda tinju dunia ini meninggal dunia pada usia 74 tahun pada hari jumaat 3 Jun 2016 selepas dua hari dimasukkan ke hospital Phoenix di Arizona, kerana masalah pernafasan.



Dia bukanlah seorang mahaguru atau presiden atau yang terkenal kewaliannya, tetapi jika Allah mencintai nya maka penghuni langit dan bumi akan mencintainya. Muhammad Ali adalah legenda yang mempunyai keberanian bukan sahaja di gelanggang tinju malah begitu berani menyampaikan dakwah mempertahankan kebenaran al-Quran dan keesaan Allah SWT. Muhammad Ali juga lantang menyuarakan kesengsaraan terhadap perhambaan orang kulit hitam pada kurun ke-19. Pengkebumian akan dilakukan mengikut istiadat Negara pada hari jumaat,10 Jun 2016 di Hill Cemetery Cave Louisville, Kentucky. 
Semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya dan tempatkannya sebagai ahli syurga… Amiiin.






                                          

                                          

                                          


Dilapurkan lebih 100,000 orang memegang sepanduk dan melaungkan, 'Ali!.. Ali!...Ali!..Ali!' berbaris di sepanjang jalan melambai-lambai kereta jenazah membawa keranda berwarna merah menuju ke Hill Cemetery Cave Louisville, dimana Muhammad Ali, bekas juara tinju heavyweight tiga kali dunia akan dikebumikan.

Hill Cemetery Cave Louisville. 
Kentucky adalah negeri yang ramai melahirkan tokoh-tokoh terkenal. Hill Cemetery Cave Louisville merupakan salah satunya tempat persemadian terakhir bagi kebanyakan daripada mereka antaranya ialah pengasas Kentucky Fried Chicken, Kolonel Harland sanders yang meninggal pada tahun 1980 dan bekas senator negeri, Georgia Davis Powers juga dikebumikan di tanah perkuburan bersejarah itu pada awal tahun ini

Hill Cemetery Cave Louisville yang dibina pada tahun 1848 dipenuhi dengan pelbagai monumen, tanda dan ukiran. Kawasan perkuburan yang berkeluasan 300 ekar menempatkan 130,000 kubur untuk kenamaan dari Kentucky. Hill Cemetery Cave Louisville adalah tanah perkuburan dalam taman yang juga destinasi tarikan pelancongan yang popular dan menjadi kebanggaan di Louisville, Kentucky.

Muhammad Ali selalu mengharapkan supaya disemadikan di tanah kelahirannya iaitu di Louisville apabila tiba saat kematiannya.



Kawasan perkuburan lagenda tinju ini menempatkankan dua bangku granit untuk pengunjung duduk dan bertafakur, bersebelahan kubur yang kedudukannya menghadap ke timur selaras dengan tuntutan Islam yang menjadi pegangannya.
      
               




Pautan: MUHAMMAD ALI