Sempena pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang
di-Pertuan Agong ke-15, Istana Negara telah mengeluarkan profil Seri Paduka
Baginda seperti berikut :
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah diputerakan pada tanggal 6 Oktober
1969 di Istana Batu, Kota Bharu, Kelantan.
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan
Ismail 1 Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Antarabangsa Kuala
Lumpur.
Baginda telah dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan
pada ulang tahun keputeraan baginda yang ke-16 iaitu pada 6 Oktober 1985.
Minat baginda yang mendalam terhadap bidang ilmu dan
pendidikan telah mendorong baginda untuk berangkat ke England bagi menyambung
pelajaran di Oakham School Ruthland sehingga tahun 1989.
Seterusnya baginda melanjutkan pelajaran dalam bidang
Pengajian Diplomatik di St. Cross College, Oxford dan dalam bidang Pengajian Islam
di Oxford Centre sehingga 1991.
Pada tanggal 24 Mei 2009, Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan.
Pada 13 September 2010 baginda telah menaiki takhta
Kerajaan Negeri Kelantan dan menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah
dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29.
Seterusnya pada 13 Disember 2011, baginda telah dipilih
menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-14 oleh Majlis Raja-Raja dan
pada tahun 2016, Majlis Raja-Raja telah melantik baginda sebagai Yang
di-Pertuan Agong Malaysia ke-15 berkuatkuasa pada 13 Disember 2016 untuk tempoh
lima tahun.
Istiadat melafaz sumpah jawatan telah disempurnakan
pada 13 Disember 2016.
Bidang pendidikan merupakan bidang yang amat diberi
perhatian oleh Seri Paduka. Sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM)
dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), baginda akan berangkat bercemar duli ke
setiap istiadat konvokesyen yang dianjurkan universiti berkenaan.
Dalam bidang ketenteraan pula, sifat kepimpinan baginda
senantiasa dikagumi. Seri Paduka Baginda telah dilantik menjadi Kolonel Yang
Di-Pertua Rejimen Artileri DiRaja sehingga kini. Dengan pelantikan baginda
sebagai Yang di-Pertuan Agong, baginda juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera
Malaysia.
Baginda turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan
kebajikan dan sukan selain aktif berperanan dalam organisasi berkaitan
keselamatan dan ketenteraan.
Baginda amat meminati sukan lasak seperti ekspedisi
kenderaan pacuan empat roda dan ekuestrian selain meminati sukan memanah dan menembak dan gemar
memelihara hidupan liar.
Selain daripada aktif dalam persatuan, baginda juga
mempunyai minat memelihara haiwan seperti kuda dan rusa. Baginda amat mengambil
berat terhadap pengawasan binatang peliharaan tersebut, justeru tanpa rasa
jemu, baginda sendiri akan berangkat bagi memastikan tahap penjagaan yang
sempurna dilaksanakan di taman haiwan berkenaan.
Seri Paduka Baginda telah berkenan menjadi Penaung
kepada pelbagai persatuan dan kelab iaitu :-
Persatuan Menembak Kelantan;
Yayasan Sultan Kelantan (YSK);
Majlis Orang-Orang Besar DiRaja Kelantan
Persatuan Perubatan Anti-Penuaan Aestetik Rejeneratif Malaysia
(SAAARMM);
Persatuan Bulan Sabit Merah;
Persatuan Sukan Berkuda;
Persatuan Motor 4 x 4;
Persatuan Memanah
Sultan Muhammad V telah dianugerahkan dengan pelbagai
Darjah Kebesaran iaitu: D.K. (1986), D.M.N. (2010), D.K. (Selangor - Januari
2011)., D.K. (Negeri Sembilan - April 2011)., D.K. (Johor - 2011)., D.K. (Perak
- Julai 2011)., D.K. (Perlis - Oktober 2011)., D.K. (Kedah - Mac 2012).,
D.K.(Terengganu - November 2014)., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K., dan
D.K.M (2017)
Seri Paduka Baginda sememangnya terkenal dengan
sifat seorang Raja yang amat berhemah
tinggi, mempunyai tutur kata yang lemah-lembut dan sopan santun. Baginda juga
adalah seorang pemerintah yang dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti
serta tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang
luas.
Baginda amat mengambil perhatian dalam hal-ehwal agama
dan juga kepada rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa baginda
sendiri.
Antara program yang diadakan hasil ilham baginda adalah
Program Qiam With Me dan Walkathon Diraja yang telah bermula sejak tahun 2011
di Negeri Kelantan.
Baginda juga begitu prihatin akan kemakmuran dan
keharmonian hidup rakyat jelata. Hal demikian terserlah dalam tindakan baginda
menangani permasalahan hal-ehwal kemasyarakatan dan keagamaan.
Selain itu, baginda merupakan seorang raja berjiwa
rakyat dan sangat dekat di hati rakyat. Tidak hairanlah jika baginda menjadi
seorang pemerintah yang dikasihi dan disegani seluruh rakyat Malaysia. -
Bernama
1 comment:
Casinos in and Near Fort McDowell, MN
The Harrah's Casino and Resort, located 수원 출장샵 off 제주 출장안마 Interstate 50 in the Fort McDowell, MN 경상남도 출장안마 area, is open 부천 출장마사지 daily 24 hours. 파주 출장안마
Post a Comment