Saturday, May 13, 2017

Berkongsi Kenangan Di Majlis RU2017 SMK Kota 1974-78






Tarikh 13.5.2017 ,satu lagi sejarah dilakar ,  pertemuan rakan2  SMK KOTA 1974-78 untuk sekian kalinya. Majlis berlangsung di kediaman En Abaziz Awang.
Majlis kali ini lebih meriah dengan kehadhiran ramai rakan2 dari jauh spt Datin Elani, Wan zone, Ahmad Marzuki dan lain2 dan paling istimewa dan kehadhiran Cikgu Sapiah dan cikgu Nik Sulaiman yg pertama kali bersua muka selepas mereka bersara dari kerjaya perguruan..





   




































Kita sebenarnya telah dipisahkan dengan rakan-rakan sekolah disebabkan oleh peredaran masa.... Kita mulakan kerjaya, kita berkahwin, kita medapat cahaya mata. Pada awal 20an kita mula berpindah dari satu tempat ke satu tempat, dari sebuah negeri ke sebuah negeri, malah ada yang berhijrah ke luar negara. Saban hari kita bertemu dengan kawan baru. Ada yang datang dan ada yang pergi, begitulah lumrah kehidupan. Kawan datang silih berganti, ibarat siang dan malam. Kita menemui kawan baru dan kawan lama mulai menghilang diri. Bukan merajuk tetapi kerana faktor masa dan tempat. 

Pada usia 30an kita mula fokus kepada kehidupan bekeluarga dan kerjaya yang perlukan komitmen yang tinggi. Kita pada ketika itu sering lupa untuk hubungi kawan-kawan lama. Lantaran itulah kehilangan sementara itu amat terasa.

Pada usia 50an kita mula sedari kehilangan mereka, kita akan mula mencari. Pencarian yang panjang dan mungkin sukar. Ada yang kita temui semula dan ada yang belum ditemui. Ada juga yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Pada 24 April 2017 kita dikejutkan  dengan kehilangan bekas guru yang kita sayangi, Cikgu Hajjah Nik Rosnah. Almarhumah Cikgu Nik Rosnah seorang guru yang pernah menabur jasa bakti mendidik kami suatu masa dulu. 


Mengenang jasa dan pergorbanan Almarhumah Cg Hjh Nik Rosnah pada RU kali ini, kami telah mengadakan majlis tahlil bersama pelajar-pelajar tahfiz selepas solat zohor di madrasah berdekatan.  
Semoga roh almarhumah ditempatkan bersama para solehin dan syuhada.


Terima kasih dari kami semua pada tuan rumah, Abaziz sekeluarga, ajk yg terlibat, rakan-rakan yang sudi membawa makanan dan memberi sumbangan..jasa dan kemurahan hati kalian semua lah yang menjadikan RU dapat diadakan setiap tahun. Pada rakan2  yang tidak dapat hadir pada RU kali ini, kita masih ada kesempatan untuk bertemu lagi suatu hari nanti jika diizinkan….. InsyaAllah.

Saya juga memohon maaf seandainya ada salah dan silap terlebih kata terkasar bahasa begitu juga dalam coretan saya dalam blog ini, sebagai seorang sahabat, kita seharusnya berusaha untuk menyenangkan hati sahabat kita yang lain sementara kita masih berpijak di bumi Allah ini, selagi hayat dikandung badan.

Semoga persahabatan kita kekal selamanya.....salam sayang buat semua rakan2 SMK Kota.